Dengan izin Allah kita masih dipertemukan Allah pada 17Ramadhan 1430H sempena turunnya Al-Quran dan peristiwa besar Badar Al-Kubra.Mari kita telusuri maksud Firman Allah dan Hadis s.a.w. berkenaan Syafaat Quran.
Maksud Firman Allah s.w.t.:
“Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan serta sebagai pembeza antara yang hak dan batil.”
(Al-Baqarah:185)
Rasulullah s.a.w. besabda:
“Dari Abu Dzar r.a. ia berkata:”Wahai Rasulullah berwasiatlah kepadaku.’Baginda bersabda:’Tetaplah engkau bertaqwa kepada Allah kerana ia merupakan asas kepada semua perkara.’Aku berkata,wahai Rasulullah berilah tambahan:Baginda bersabda:’Tetaplah engkau membaca Al-Quran kerana ianya sebagai penerang bagimu di bumi dan sebagai simpananu di langit.’”
(HR.Ibnu Hibban)
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Puasa dan Al-Quran itu akan memberi syafaat bagi seorang hamba di hari kiamat.Puasa berkata:’Ya Tuhan,aku menyebabkan dia menahan makan dan syahwatnya di siang hari,maka berilah aku izin untuk memberi syafaat untuknya.’
“Dan berkata Al-Quran:’Aku mencegah dia tidur di malam hari,sebab itu izinkanlah aku memberi syafaat untuknya.’Maka syafaat kedua-duanya diterima oleh Allah.”
Semoga sama-sama kita menjunjung dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan perlembagaan dalam kehidupan kita.
UNTUK INFO RAMADHAN TERDAHULU:
Info Ramadhan
No comments:
Post a Comment