Setiap kali kedatangan Syawal,ada sahaja lagu-lagu raya yang di gubah oleh para pengubah lagu sama ada penggubah lagu biasa atau lagu nasyid.mereka akan mencipta lagu-lagu yang sangat puitis dan penuh dengan makna.Lagu-lagu yang mengambarkan kegembiraan di hari raya,keharmonian dan ketenangan di hari raya.Di sini Abi kongsikan 3 buah lagu hari raya yang penuh dengan makna,nasihat dan pengajaran untuk kita renungkan.Lagu yang pernah di nasyidkan oleh Kumpulan Nada Murni,dengan penasyidnya Asri Ibrahim,Munif Ahmad,M.Yusuf.
Album Nasyid hari raya ni masih ada lagi dalam simpanan.
HARI RAYA HANYA DI SYURGA
Di dunia tidak ada hari raya
Di sini tidak ada hari ria
Juga tidak ada hari gembira
Tidak ada hari merdeka
Yang ada hanya melahirkan syukur
Menyatakan segala nikmat Allah
Hari mengagih-agihkan nikmat
Agar semua manuasia merasa
Hari raya diakhirat saja
Hari ria hanya di
Hari gembira di
Hari merdeka di
Setelah kita masuk kesyurga
Di syurga
Juga hari ria gembira merdeka
Begitulah hakikat hari raya
Lirik:Nada Murni
Lagu:Amaluddin napiah
Solo:Mohd Asri Ibrahim
Album:Potret Aidilfitri (1997) Nada Murni
Terbitan:Permata Audio Productions (M) Sdn Bhd
HARAPAN DI AIDILFITRI
Insan di dunia
Menyambut hari raya
Ingatlah pada mereka yang tidak berharta
Miskin dan papa
Mereka juga umatnya
Bantulah agar mereka bahagia
Dihari mulia
Mereka yang tidak berpunya
Ayah dan bonda juga saudara
Mereka perlu bantuan
Agar sempurna di hari lebaran
Harapkan belas kasihan
Dari mu insan itulah harapan
Harapkan belas kasihan
darimu insan itulah harapan
Miskin didunia
Tiada berharta benda
Redhalah itu ujian dunia padamu
Tapi awaslah jikalau iman tiada
Hidupmu tiada akan bahagia
Di dunia Akhirat
Lirik:Isman,M.Yusuf
Lagu:Isman
Solo:M.Yusuf
Album:Bisikan Aidilfitri(Dwen&Nada Murni)
Terbitan:OVA PRODUCTION
RENUNGAN AIDILFITRI
Kala senja ramadhan beransur menghilang
Sinar syawal aidilfitri mula menjelang
Tafakurlah ketika hari gemilang
Agar terbina sifat kehambaan
Takbir bergema di aidilfitri
Tasbih dan tahmid mengiringi
Segala nikmat mari syukuri
Moga murah rezeki
Ingatlah wahai insan
Tika merayakan hari lebaran
Jangan tenggelam khayal dalam kedosaan
Renungilah ……Insafilah….
Akan dirimu
Di sisi Tuhan
Takbir bergema di aidilfitri
Tasbih dan tahmid mengiringi
Segala nikmat mari syukuri
Moga murah rezeki
Sedarlah wahai pejuang
Jadikan taqwa sebagai bekalan
Dalam mengharungi liku-liku perjuangan
Ungkailah mazmummah kepada mahmudah
Asas kekuatan diri jihad tiada kecundang
Lirik:Nawawi Ibrahim
Lagu:Munif Ahmad
Solo:Munif Ahmad
Album:Nur Aidilfitri Nada Murni
Terbitan:OVA PRODUCTION
Semoga ada manfaat perkongsian lirik dan lagu kali ini.
5 comments:
salam.. akak tgk Arwah ustaz tu rasa rindu ngan nyanyiannya live.. moga rohnya bersama org2 yg beriman.. Selamat Hari Raya :)
ye kak trima kasih..apatah lagi kami yang sebahagian ahli keluarga rasa kehilangannya.Selamat Hari Raya juga dari kami:)..smoga akak terus tabah ye..
salam, sehingga kini lagu2 nasyid puasa n raya nadamurni masih saya dengarkan saban hari...mmg menusuk hati, penuh makna dan berruh hingga bekesan d hati...leh saya anggap sebagai salah satu zikrullah tatkala menyanyikannya.
Alhamdulillah...terbaik.menusuk qalbu
Post a Comment