18HB 08 2009 bersamaan 27Sya’aban 1430H
Hari ni ada appoitmen untuk Nur Dania Balqis di Hospital Putrajaya.Kami bertolak dalam pukul 7.30pagi.Bila datang awal tidak ada masalah parking tapi hari ni dapat bahagian hujung sebab ramai yang datang awal.
Ummi dan Nur Dania Balqis dah masuk ke bahagian pendaftaran,hari ni Nur Dania Balqis akan melakukan ujian MCU,Giliran Ummi masuk jumpa Doktor,Pegawai perubatan yang bertugas hari ni Dr Eugene Yeoh.Dr memberitahu hari ni baby kena buat ujian MCU.Sebagai waris Abi kena sign satu perjanjian berkenaan ujian yang hendak di jalankan.Semoga Nur Dania Balqis tak meragam ketika ujian di jalankan,memang tak meragam pun Dr dah bagi ubat cecair untuk menidurkan Nur Dania Balqis dalam kuantiti dos yang rendah,Dr memberitahu bila dah tertidur baby boleh di bawa ke bilik Ujian di bilik X-ray.
Alhamdulillah,Nur Dania Balqis selesai menjalani ujian MCU tanpa ada sebarang masalah,Cuma keputusan ujian MCU boleh di ketahui pada 27 hb 08 2009 hari khamis akan datang.Harap-harap keputusannya baiklah.
27HB 08 2009 bersamaan 7Ramadhan 1430H
Hari ni sepatutnya bawa Nur Dania Balqis ke Hospital Putrajaya,untuk mengetahui keputusan ujian MCU Yang dibuat tempoh hari,tapi kerana Abi kepenatan kerja malam jadi temujanji hari ni di tangguhkan,Abi suruh Ummi call pihak Hospital memberitahu temujanji hari ni tak dapat di lakukan,cari hari lain.
Semoga Nur Dania Balqis terus sihat dan di lindungi Allah selalu.AMIN..
UNTUK DAIRI YANG TERDAHULU:
Dairi Nur Dania Balqis
1 comment:
salam.. meh cini nomel tu nak tium2 pipi hishhh! geram gitu
Post a Comment