Selamat berpuasa semuanya kepada para pengunjung blog Nur Dania Balqis,masih dalam suasana Ramadhan yang indah dan penuh dengan kerahmatan.Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita di sepanjang Ramadhan yang mulia ini,dalam kesempatan ini Abi kongsikan sebuakh kisah yang diolah berdasarkan sebuah hadi riwayat Muslim dari Ibnu Umar r.a.dan Salim bin Abdullah r.a.Cerita ini berkaitan dengan Lailatul Qadar.Cerita yang Abi kutip dari Majalah Anis keluaran Disember 2003,untuk manfaat bersama Abi kongsikan kepada Anda semua.
Beberapa orang Sahabat memberitahu Rasulullah s.a.w. mereka telah bermimpi melihat malam qadar (Lailatul Qadar) pada ttujuh hari yang akhir daripada Ramadhan.Gembiranya mereka kerana Rasul juga bermimpi seperti mimpi mereka,melihat Lailatul Qadar jatuh bertepatan pada tujuh yang akhir bulan Ramadhan.
“Siapa yang mencarinya,carilah di tujuh yang akhir itu,” kata Baginda.
Pada waktu yang lain,Rasul s.a.w. membicarakan lagi tentang Lailatul Qadar.Masih terdapat beberapa orang Sahabat bermimpi melihat malam yang maha agung itu.Tetapi masanya tidak sama seperti yang dilihat oleh rasul dan beberapa orang Sahabat lainnya.Mereka melihat pada tujuh malam yang awal.
“Beberapa orang antara kamu telah bermimpi bahawa malam qadar itu terdapat pada tujuh malam yang awal,”kata Rasulullah s.a.w..”Sedangkan yang lain bermimpi terdapat pada tujuh malam yang akhir dari Ramadhan.Maka carilah ia pada sepuluh yang akhir.”
Mudah-mudahan cerita di atas boleh sama-sama kita jadikan panduan dalam menentukan dan mencari malam Lailatul Qadar.
SELAMAT BERAMAL!
Info Ramadhan
2 comments:
salam.. moga kita bertemu ngan keistimewaan di bulan mulia ini
mudah-mudahan kemuncak ramadhan ini kita memperolehinya..
Post a Comment