Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Tuesday, September 22, 2009

Kisah Almarhum Abang Asri Dalam Anis Oktober-(menggamit memori lama)



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR &BATIN


Almarhum Ustaz Asri Ibrahim Dalam Kenangan


Membelek-belek majalah Anis keluaran terbaharu edisi Oktober(Salam Aidilfitri),ada cerita tentang Almarhum Abang Asri pula..terasa sebak rasanya,perginya memang masih di rasai hingga hari ini,Insan-insan pilihan Tuhan bila pergi memang amat di rasai sekali..Secara peribadi pada diri Abi sendiri bila di kenang-kenang memang terasa amat,sebenarnya Abi antara ribuan malah jutaan Umat yang mengkagumi beliau sejak dari sekolah rendah terutamnya sejak zamah jamaah lagi..peminat fanatiklah tu..terutamnaya kumpulan Nada Murni(memang murni lagu2nya),bila ada keluar Album baru Nada Murni mesti cepat-cepat cari pergi pasar malam,alunan suara,lengok suara..masyallah memang lemak berkrim di sukai ramai(lawak ni..betul2 ni).Kalau ada lagu Nada Murni keluar kat TV biasanya RTM sifat dua puluh,mesti cepat-cepat lari mengadap tv.

Anis keluaran oktober membawa kisah Almarhum Asri Ibrahim


Mungkin anda begitu juga agaknya,pernah satu masa Nada Murni buat konsert Malam Kebudayaan Islam di SMTIS Kapar,Abi tak ketinggalan bergegas ke sana dengan kawan untuk tengok konsert beliau dan rakan-rakan Nada Murni,masa tu bukan main seronoknya tengok konsert secara live dari Nada Murni,bagi Abi Malam Kebudayaan Islam atau yang sewaktu dengannya adalah ilham dari Nada Murni dulu.Mereka adalah pelopor dalam bidang kesenian nasyid Islam,mereka ke seluruh benua Eropah,Arab dan lain-lain,itulah usaha Nada Murni hingga kini di sambung dengan kumpulan RABBANI(hari raya ni Rabbani akan terbang ke Dubai,semoga perjuangan kalian di teruskan).

Nada murni pelopor Malam Kebudayaan Islam


Bila habis mengaji biasanya ada nasyid, lagu-lagu dari Nada Murni menjadi kegemaran kami,Ustaz Khalid dan Arwah Wak Dollah ajar kami lagu-lagu nasyid,biasanya setiap hari rabu,habis ngaji mesti ada nasyid,yang paling best ada lagu-lagu Nada Murni.Waktu tu lagu seperti Seruan Jihad,Musafir Kelana,Islam Yang BerkembangSepohon kayu,Engkau Menjelang Tiba,Yang Di Rindu..memang jadi siulan Abi,siap tiru suara lagi..tapi tak dapat picting tak sama…;)

Koleksi Album Nada Murni yang masih dalam simpanan


Secara pribadi setelah Abi menjadi sebahagian dari keluarga besar Almarhum Hj Ibrahim dan Hajah Rubiah,apa yang Abi lihat tentang pribadi Almarhum Abang Asri adalah seorang yang benar-benar taat dan sangat menghormati kedua orang tuanya(Ciri Anak Soleh terserlah),pada ibunya sangat kasih sekali,bila di lihat pada bila balik rumah mak,beliau akan menyalami cium peluk maknya dengan penuh kasih sekali,sesekali bila terpandang Almarhum berbuat begitu terasa sejuk hati dan terasa…sejuknya hati ibu.Satu lagi beliau akan bertanya pada Almarhum Ayahnda bila ada kemuskilan perkara agama ,pernah kalau tak silap dalam tahun 2004 beliau balik bertemu Ayahnda untuk bertanyakan sesuatu.Beliau juga sangat seporting dengan anak-anak buah,bila di sakat dan di kacau hanya senyuman yang terhias di bibir beliau,padahal kalau nak di kira beliau boleh kecik ati atau marah tetapi beliau cukup penyabar.

Almarhum bersama Bonda tersayang


Seperti yang di tulis di majalah Anis keluaran terbaru tentang beliau berkenaan bila ada function atau apa-apa konsert yang akan beliau adakan beliau akan call mak atau datang rumah mak bagitahu mak dan minta mak doakan dan beliau memang takut bila rasa ada mengecilkan hati mak .Ingat lagi kisah lucu dan kelakar jugalah,masih dalam ingatan lagi,sesekali bila di ingat kembali senyum sendiri,masa tu sebelah petang selepas selesai kenduri kawin adik ,Abi dengan anak-anak buah suka buat kelakar sekali sekala,buat lenggok cakap ala-ala mamat bangla..jadi masing2 ikut cakap lenggok bangla..Halo baya..!..masing-masing sedang makan di meja bawah khemah,Abang Ari datang ke meja kami dengan membawa makanan,ketika itu kami sedang makan bubur sum-sum,Abang Ari dengan sepontan cakap ala bangla..Halo baya apa makan..semua di meja makan ketawa bila Abang Ari ikut cakap lenggok mamat bangla,seorang anak buah kata Pak Cik Ari pun dah ikut cakap bangla.kami semua ketawa.:).


Lagi satu kenangan semasa kenduri kawin adik Nurul Mabrurah dan Ramlan,beliau mengadakan persembahan seperti kenduri kawin yang lain,ada satu masa beliau nak mengakhiri persembahan beliau,beliau telah memangil dari kalangan keluarga untuk bernasyid bersama-sama,Abi antara nama-nama yang di sebut untuk kedepan bernasyid bersama-sama,apalagi Abi pun kedepan untuk nasyid Teman Sejati bersama-sama anak buah Ayie,Jojo dan Mustakim,memang beliau sangat sporting dengan anak-anak buah.

Semasa kenduri kawin Adik

Semasa membacakan berzanji di majlis Khatam Quran Adik Nurul


Kali terakhir Abi menatap wajah beliau semasa majlis cukur jambul puteri Abi Nur Dania Balqis,walaupun beliau tidak jadi membawa bacaan berzanji di sebabkan lambat dalam perjalanan,namun kehadiran beliau dan rakan Rabbani yang lainnya sangat kami hargai.Satu lagi yang Abi ingat,beliau sempat memangku Nur Dania Balqis dan membelah mulut Nur Dania Balqis dengan madu semasa kenduri keyukuran setahun Hannan dan kesyukuran putera Zulkifli iaitu Adib,masa tu beliau dah siap-siap nak balik tapi Ummi minta dia buat belah mulut,Alhamdulillah beliau tak menghampakan Ummi..kata Abi pada Ummi,mudah-mudahan berkat abg ari Nur Dania Balqis dapat suara merdu macam Abg AriJ.


Semuanya kini dalam ingatan dan kenangan buat kami semua.Mudah-mudahan segala kebaikan Almarhum yang Abi tuliskan dalam catatan ini,sebagai satu pahala buat beliau.


Catatan Kenangan

ABI 09

Meru.


UNTUK CATATAN KENANGAN YANG TERDAHULU:

Catatan Kenangan

2 comments:

Fatimah Azzahra' said...

sedih bila baca, semoga rohnya bersama orang-orang yang beriman..

Masshah said...

Kami masih terasa kepergiannya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI