Ahad 20HB 09 bersamaan 1 Syawal 1430H
Alhamdulillah setelah 29 hari berpuasa kini meraikan hari gembira,hari kemenangan buat Umat Islam yang berjaya menunaikan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan pada Allah SWT.Tahun ni lebih ceria kerana puteri kami berada di sisi kami,merupakan tahun pertama kehadiran Nur Dania Balqis,jika tahun lepas masih berada dalam kandungan Ummi lagi, tahun ni dah bersama..syukur pada-Mu Tuhan.
Beberapa catatan sepanjang 1Syawal 1430H(Ahad)
Pukul 8.15 pagi
Pagi ke Surau Darul Aman menunaikan Solat sunnat Aidilfitri.Tahun ni agak ramai yang mungkin balik kampung di sini,melihat ramainya yang menunaikan solat sunnat Aidilfitri.Khutbah di sampaikan oleh Ustaz Yazid bin Burham,Dalam khutbahnya khatib menyeru agar Ummat Islam khususnya di kariah Darul Aman terus mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah,beliau mengupas tajuk Syukur.padat,ringkas tapi penuh dengan teguran-teguran buat penduduk Kariah Darul Aman.
Syukur nikmat Iman dan Islam,Syukur kerana dalam Ramadhan di janjikan ke- Rahmatan,Pengampunan,pembebasan dari api Neraka.Dalam khutbah kedua beliau menegur tentang Solat,Kitab Al-Quran dan permainan mercun di kalangan penduduk.
Selepas khutbah,acara bersalam-salaman dengan penduduk kariah dan Jamuan makan di adakan selepas itu.
Pukul 10.00 pagi
Pergi Rumah Emak dan Bapak,Mohon Ampun dan Maaf pada keduannya,pagi ni tak ramai,keluarga Abang Zin tak datang lagi,Keluarga Kak Leha balik kampung,keluarga Kak Nani datang lewat…apapun tak kisahlah,yang penting hari raya rasa gembira dan ceria,lebih-lebih lagi kehadiran Nur Dania Balqis benar-benar mengamit rasa syukur dan gembira di hati kamiJ.Selepas bermaaf-maafan dengan Emak dan Bapak mengabdikan kenangan dengan bergambar.
Pukul 10.30 pagi
Kami bertolak ke Rumah Emak Bukit Lancung Shah Alam,keluar dari rumah mak Meru ternampak anak-anak buah nak beraya,panggil dia orang ambil gambar.
Pukul 11.25 pagi
Sampai rumah Mak,tapi tak ramai lagi yang datang ,yang ada hanya Keluarga kak Habsah dan anak-anaknya,hari ni ada majlis tahlil untuk Almarhum Ayahnda Hj Ibrahim dengan Almarhum Abg Asri,majlis akan di adakan selepas solat Zohor,Mungkin mereka datang tengahari.
Pukul 12.00 tengahhari
Ziarah Raya kat rumah Kak Maimunah(k.mona),samapi rumah kak mona sedang menyipkan hidangan Bakso untuk hidangan selepas majlis tahlil nanti.
Pukul 12.30 tengahhari
Satu persatu mereka datang,Abang Sujak dengan keluarga,Abang Hassanuddin,Abang,Muhyuddin dan yang lainnya,meriah nampaknya.Masing-masing dengan kecerian dan kegembiraan.Hari Raya Hari Bahagia..Hari Untuk Melahirkan Syukur…J.
Pukul 1.25 petang
Solat berjemaah bersama-sama,di imamkan oleh Abang Muhyuddin,Abang paling tua dalam keluarga Almarhum ayahnda Hj Ibrahim.Apa saja majlis keraian keluarga beliaulah yang memberi keputusan,dan beliau adalah sebagai pemimpin dalam keluarga kami.
Pukul 2.20 petang
Majlis di mulakan dengan Ucapan Selamat Hari Raya dari Abang Muhyuddin dan memberitahu tujuan kita berkumpul di hari raya ini,Beliau mengetuai bacaan tahlil dan doa,Doa di tujukan khusus buat Almarhum Ayahnda Hj Ibrahim dan Almarhum Abang Asri serta untuk muslimin dan muslimat semoga mereka damai di sana dan di tempatkan dari kalangan hamba-hambanya yang bertaqwa..Aminn..!!!.
Selesai tahlil dan doa,sekali lagi Abang Muhyuddin berucap,kali ni beliau menegur tentang masalah ziarah kubur,bagi mereka yang nak ziarah ziarahlah hari kedua dan hari yang lain,jauhi amalan yang menyerupai fahaman atau agama lain.
Seterusnya jamuan makan dan sembang-sembang santai,bergambar….
Sebelah Malam
Kami pergi ziarah rumah Abang Muhyuddin dan Rumah Abang Nawawi di Bukit Naga bersama adik ipar Ustaz Adha dan Isteri.
Balik dari sana kami terus balik ke Meru.
Catatan
ABI 09
Meru.
2 comments:
salam.. wah sronok ler nur dania jejalan ngan abi.. mesti ramai yg dok gomol sikecil tu :D
salam juga kak maiyah..memang pun lumat di buatnya;)..
Post a Comment