Isnin 21HB 09 2009 bersamaan 2 Syawal 1430H
Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-2 kita meraikan hari kemenangan Hari Raya 1430H,Mungkin dah ada yang berpuasa 6,Tahniah dan Syabas buat mereka yang telah dapat menunaikan puasa 6 se-awal hari ini.Hari ke-2 masih meriah dengan kunjungan dan ziarah dari saudara mara,adik beradik dan kenalan masing-masing,menunjukkan kepada kita betapa meriahnya dan harmoninya sambutan hari raya di Negara kita yang kita cintai ini,berbanding Negara Umat Islam yang lain seperti Afgahanistan,Iraq,Palestin dan yang lainnya.Marilah kita merafaqkan kesyukuran sebanyak-banyaknya kepada Allah SWT.
Hari ke-2 ni kami tidak kemana-mana,Cuma ziarah rumah adik beradik di sekitar kawasan sini sahaja.Target hari ni nak habiskan ziarah adik beradik kat Meru.
Beberapa catatan Ceria Syawal hari ni
Dalam pukul 10.30 pagi Kak Mesnah datang ziarah rumah kami dengan anaknya Najlah Nazirah
UNTUK MELIHAT GAMBAR SETERUSNYA:
Album Kenangan AidilfitriPukul 11.00pagi
Ziarah Raya Rumah Kak Nani dan Abang Hashim
Pukul 11.30pagi
Ziarah Raya Rumah Kak Leha dan Abang Hussin
Sebelah Petang
Petang ni anak-anak buah datang Ziarah ke Teratak Usang kami(bukan nak makan kuih sangat..budak-budak ni membawa maksud yang tersirat dan tersurat…;)) Apa pun kedatangan mereka sangat kami hargai dan mengembirakan hati kami..meriah dengan karenah mereka,ramai gak cucu Emak dan Bapak, baru berapa orang je..belum dua keluarga yang tak datang lagi,Cuma keluarga Abang Zin je yang dah datang petang raya pertama tapi tak sempat jumpa,keluarga Abang Asri tak datang lagi..
Dalam pukul 4.10 Kak Nani dan Abang Hashim datang Ziarah Raya,selepas tu menyusul Keluarga Kak Leha dan Abang Hussin,Sempat ambil gambar mereka sebagai kenangan.
Manakala petang selepas waktu Asar dalam pukul 5.45 petang Kak Habsah sekeluarga datang ke Rumah kami.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi datang ke Teratak Usang kamiJ Maaf Zahir Dan Batin.
Catatan
ABI 09
Meru.
UNTUK CATATAN TERDAHULU:
No comments:
Post a Comment