Alhamdulilah dengan izin Allah jua, minggu ini dapat Abi habiskan lagi pembacaan Abi dalam Dunia Buku dengan sebuah buku lagi.Bagaimana dengan Anda?.Dalam pertemuan kali ini,Berkongsi Buku,Abi akan kongsikan sebuah buku hasil nukilan seorang Ulamak yang tersohor di Malaysia.Buku tulisan Almarhum Dato’ Ishak Baharom yang bertajuk Kisah-Kisah Daripada Rasulullah.Buku setebal 111 muka surat berharga RM13.90 untuk Semenanjung Malaysia dan RM16.90 untuk Sabah dan Sarawak.Terbitan KEMILAU PUBLIKA SDN BHD.Sebuah buku yang sangat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat,patut dimiliki setiap keluarga muslim.Secara pribadi sebuah buku yang boleh di jadikan bahan bercerita untuk pendidikan anak-anak.
Buku ini mengandungi 18 kisah yang berdasarkan dari hadis Nabi s.a.w.Cerita atau kisah-kisah ini berdasarkan hadis-hadis Nabi S.A.W. yang soheh dari tokoh-tokoh hadis yang tersohor seperti Bukhari,Muslim,at-Tirmidzi dan lain-lain tanpa unsur-unsur israeliyat.Ia adalah cerita-cerita yang keluar dari mulut seorang Nabi yang dikenali sebagai sadiq masduq(orang yang benar lagi diakui kebenarannya).
Antara kisah-kisah(tajuk) yang terdapat dalam buku ini yang dapat Abi tuliskan sebahagiannya ialah:
1)Tawasul Tiga Lelaki Dalam Gua
2)Wasiat Lelaki Supaya Mayatnya Dibakar
3)Debat Seorang Ibu Dengan Bayinya
4)Nabi Ayub Dan Belalang Emas
5)Kisah Si Sopak,Si Buta dan Si Botak
6)Seorang Lelaki dan Seekor Anjing Yang Dahaga dan Kisah yang lain-lain.
Dalam buku ini juga di nukilkan pandangan dari seorang tokoh Ulamak yang tidak asing lagi di tanahair kita,iaitu Pandang sisi oleh Tuan Guru Dato’Nik Abd Aziz bin Nik Mat,mari kita kongsikan sebahagian daripada pandang sisi beliau terhadap buku ini;
“Kisah,biasanya membawa khabar dari warkah mesra.Walaupun ia mungkin menyentuh laluan sejarah sesiapa yang pernah wujud dan hidup tetapi ia lazim boleh diterima jika ia jujur-dihidangkan dalam bentuk naratif berupa nasihat yang datang dari dasar hati”
“Buku ditangan tuan sekarang,akan membawa wajah ini.Lewat kehadirannya yang dikutip secara terpilih justeru mengambilnya langsung dari lisan Nabi s.a.w.-menjadikan buku ini tidak lagi bertaraf biasa.Jauh dari bercirikan sebuah antologi cerpen,ia(buku ini) membakar kasturi lampau dari himbauan kisah-kisah ‘live’ yang semerbak dari awal.Lebih luar biasa apabila ia diceritakan sendiri oleh Rasulullah SAW dan ditukangi kerja-kerja awal kelahirannya oleh seorang ulama tersohor bernama Ishak Baharom.Semulia hajat dan kerja-kerja terokaan awalnya;maka sedemikian jualah nilai kemuliaan kerja-kerja pengisahan yang didukung oleh buku ini.”
Di harapkan perkongsian buku kali ini dapat memberi input serba sedikit tentang perkembangan dunia buku untuk anda dan semoga anda mendapat manfaatnya.Semoga anda tidak jemu-jemu untuk membaca bukuJ.Dan jangan lupa untuk memiliki buku ini di kedai atau gedung buku yang berhamipran dengan tempat Anda.
Cintailah Diri Anda Sendiri Dan Sayangilah Buku Anda....Ingat!
JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP KITA.
No comments:
Post a Comment