Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Saturday, September 19, 2009

Catatan Hari Terakhir Ramadhan (Catatan Sepanjang Ramadhan 1430H)


Jumaat 18HB 09 2009 bersamaan 28Ramadhan 1430H


10.45malam

Malam selepas solat terawih sahabat Abi datang Rumah dengan membawa sumbangan Fisabilillah,Sumbangan khas untuk petugas-petugas yang bertungkus lumus menyediakan dan membuat kerja-kerja pembungkusan sumbangan untuk program Ramadhan Kasih di Masjid At-Taqwa minggu lepas.Jadi untuk menghargai usaha petugas-petugas pihak jawatankuasa telah membuat sumbangan khas untuk para petugas.


Farid sempat mengendong Nur Dania Balqis yang belum tidur lagi,Abi sempat ambil gambar Nur Dania Balqis dengan Farid.


Selepas hantar di rumah Abi,ada satu lagi sumbangan yang nak di hantar ke rumah seorang petugas,Abi ikut Farid ke rumah Hissamuddin untuk hantar sumbangan.Selesai hantar sumbangan terus pergi ke Pekan Meru cari barang keperluan.Singgah kejap Restoran isi perut sambil borak-borak.Balik dalam pukul 12.30pagi.


Sabtu 19HB 09 bersamaan 29Ramadhan 1430H


3.45pagi



Pagi ni dalam pukul 3.45pagi sahabat Zulhaili ambil di rumah untuk pergi ke program Qiammulail di Masjid At-Taqwa Bukit Kapar.Pagi terakhir dalam bulan Ramadhan.Masih ramai yang hadir dan bersemangat untuk menghidupkan malam-malam terakhir di Ramadhan.Semoga segala amalan dan kebajikan yang di lakukan diterima dan di redhai Allah.Qiammulaila di pimpin oleh Imam satu Tuan Hj Surani Sulaiman.



“Ya..Allah..Hamba-mu mengadap-Mu dengan rasa kerdil dan hina,ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu ini,pimpinlah hamba-Mu di jalan yang benar dan kau redhai,beri hamba-Mu hidayah-Mu dan jalan yang lurus..Terimalah segala amalan hamba-Mu selama sebulan ini….”


Selesai Qiammulail dalam pukul 5.15pagi,masing-masing terus kedewan makan untuk bersahur,hari ni ada menu sepecial,Tuan Hj Syafie ketua kampung Bukit Kapar telah membuat Sup untuk sahur pagi ni,pagi ni semua selera pekena sup Hj Syafie.Alhamdulillah pagi ni sahur terakhir dalam bulan Ramdhan,rasanya terlalu cepat masa berlalu,Ramadhan meninggalkan kita,Syawal pula menjelma.Terima Kasih Tuhan dengan kasih sayang-Mu kami masih boleh menghirup udara pagi yang nyaman ini…


Selepas solat Subuh



Pagi ni tak ada Kuliah Subuh,duduk di bahagian tepi masjid,ambil gambar dengan sahabat Farid Azizi dan Zulhaili.Ambil gambar dalam masjid,luar masjid,semua posisi masjid di ambil gambar ada sebahagian gambar yang akan di masukkan dalam blog ni,tunggu edit baru boleh kongsikan nanti.


7.3opagi




Ambil gambar masjid lama sebagai kenang-kenangan,sebahagian bangunan masjid dah ada yang di robohkan,tapi bahagian kubah belum lagi,boleh lagi di abadikan lagi.Akhirnya dapat gak ambil gambar masjid lama.

Bertolak ke batu lapan,nak beli ayam kat kedai sahabat ,tapi ramai sangat orang yang tunggu di kedainya,tak jadi beli kat situ beli kat tepi jalan je akhirnya.


Sempat bergambar kat gerai ayam lagi.


Selepas tu temankan Zulhaili ke rumah Encik Jaafar ambil baju raya di jalan kopi.


Balik jam 8.50pagi.

Catatan

ABI 09

Meru.


UNTUK CATATAN RAMADHAN TERDAHULU:
Catatan Ramadhan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI