Alhamdulilah dengan rasa syukur pada ilahi yang masih memberi nikmat kehidupan yang harmoni dan di beri peluamg lagi menjalani kehidupan yang serba mencabar ini.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar Muhammad saw serta ahli keluarga dan para sahabat sekelian.Sebulan kita berpuasa dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan semata-mata menuntut keredahaan Allah semata-mata.Semoga segala amalan dan ibadah yang kita lakukan sebulan di Rahmadhan di terima dan menerima ganjaran dari Allah.
Kini tibalah hari kemenangan yang kita tunggu-tunggu,hari yang penuh ke rahmatan dan kesyukuran kita panjatkan pada ilahi,hari di mana Allah hadiahkan untuk orang-orang yang berjaya mendapat Taqwa hasil dari ibadah puasa yang di lakukan selama sebulan semata-mata kerana Allah,Mudah-mudahan kita juga tergolong dalam golongan hamba yang mutaqin.
Di kesempatan ini,Abi ingin mengucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua tetamu yang bertandang ke Laman Blog Nur Dania Balqis,tanpa Anda siapalah kami,sama-sama kita berkongsi maklumat dan ilmu dalam dunia tanpa sempadan ini,kepada Anda semua di harapkan agar meraikan hari raya nanti dalam keadaan tenang dan harmoni,jalinkanlah kasih sayang sesama kita agar nanti terjalin sebuah kehidupan yang aman dan harmoni.Juga di kesempatan ini sekali lagi kami di sini menghulurkan tangan memohon ampun dan maaf,mungkin dalam memberi pandangan,komen atau apasaja teguran ada salah khilaf mohon di maafkan.
Kepada Anda yang balik kampung Abi doakan keselamatan Anda,semoga selamat pergi dan selamat kembali,sehingga kita jumpa di arena dunia tanpa sempadan ini,Ukhwah yang terjalin melalui alam maya ini dapat di teruskan selamanyaJInsyAllah…
Sekali lagi di ucapkan,SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA…I LOVE YOU ALLJ.
ABI 09
Teratak Usang
Meru-19HB 09 09
Sabtu-12:52Pagi
No comments:
Post a Comment