Alhamdulillah kita masih berada dibulan yang penuh barokah dan masih lagi dipanjangkan umur untuk terus beramal ibadah di sepanjang Ramadhan Al-Mubarak ini,Sesungguhnya apa-apa yang telah kita laksanakan dalam bulan yang mulia ini kita telah dijanjikan dengan pelbagai janji dan keistimewaan yang Allah berikan kepada kita,jadi ikhlaskanlah segala amal ibadah yang kita tunaikan semata-mata untuk Allah s.w.t sahaja.
Dalam kesempatan ini ingin di kongsikan lagi sebuah hadis berkenaan tentang Ramadhan untuk sama-sama kita maengambil pengajarannya dan manfaat.Sebuah hadis yang di ambil dari kitab yang sama sebelum ini iaitu Kitab Himpunan Kitab-Kitab Fadhail.
Ka’ab bin Ujr meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Hampirlah ke mimbar.”Maka kami pun datang menghampiri mimbar.Bila Baginda s.a.w.melangkah naik tangga pertama mimbar itu Baginda s.a.w. berkata”Amin”.Bila Baginda s.a.w.melangkah naik ke tangga yang kedua,Baginda berkata “Amin”.Bila Baginda s.a.w. melangkah naik ke tangga ketiga,Baginda s.a.w. juga berkata”Amin”.
Bila Baginda s.a.w. turun kami pun berkata:“Ya Rasulullah s.a.w,kami telah mendengar daripadamu pada hari ini sesuatu yang belum didengar sebelumnya.”
Baginda s.a.w. berkata”(Bila daku melangkah naik tangga pertama)Jibril a.s muncul di hadapanku dan berkata:”Celakalah dia yang mendapati bulan Ramadhan yang diRahmati,tetapi membiarkannya berlalu tanpa mendapa keampuanan.”Dengannya daku berkata “Amin”.
“Bila daku naik ke tangga yang kedua,dia berkata,”Celakalah ke atasnya yang apabila mendapati namamu disebutkan,tetapi dia tidak memohon Daruud(Salawat) ke atasmu.Daku pun berkata”Amin”.
Bila daku melangkah naik ke tangga yang ketiga,dia berkata:”Celakalah ke atas orang yang masa hidupnya mendapati kedua-dua orang tuanya atau salah seorang daripada keduanya mencapai umur tua,tetapi tidak dibenarkan memasuki Syurga(kerana gagal memberikan khidmat kepada ibubapa mereka).Daku pun berkata “Amin”.
Mudah-mudahan kita tidak tergolong dari golongan yang Rasulullah s.a.w. sebutkan dalam sabdanya di atas.Marilah kita perbaiki sikap dan akhlak kita sesama kita dan akhlak kita kepada Rabbul jalil.Semoga puasa kita di terima Allah dan menerima keampunan dari Allah..Amin..!
UNTUK INFO RAMADHAN SETERUSNYA:
Info Ramadhan
No comments:
Post a Comment