Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Tuesday, September 1, 2009

Berkongsi Buku-3

BUKU:MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHAH


Di waktu ni anda sedang menjalankan ibadah puasa disamping melaksanakan ibadah yang lainnya ,mudaha-mudahan selain membaca Al-Quran anda tidak juga ketinggalan membaca buku-buku yang memberi manfaat kepada diri anda sendiri.Buku-buku agama bagi rujukan dan tambahan untuk pengetahuan pada diri.


Alhamdulillah dengan izin Allah pada beberapa minggu yang lalu(Minggu ke-2,12hb 08 2009),Abi dapat menyelesaikan lagi pembacaan Abi dengan sebuah buku yang bertajuk MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHAH-Menyingkap mukjizat solat duhah dalam melahirkan individu yang kaya wang ,kaya iman.Sebuah buku tulisan Muhammad Mokhtar terbitan PTS MILLENNIA SDN BHD.Buku setebal 140 muka surat ini berharga Rm 10.90 Sem.Malaysia dan Rm 12.90 Sabah dan Sarawak sesuai di miliki oleh semua golongan lapisan masyarakat khususnya keluarga muslim yang bercita-cita ingin kaya dan hidup senang.


Di sini Abi kongsikan sedikit sinopsis yang terdapat di bahagian belakang buku tersebut;


“Semua orang hendak menjadi kaya.”


“Semua orng hendak hidup senang dan bahagia”


“Nanun ramai yang tertipu dengan mitos kekayaan dunia.Kaya wang tetapi miskin jiwa.Kaya wang melalui jalan yang salah dan mengundang kemurkaan Allah.Apakah ada cara untuk menjadi kaya dan pada masa yang sama membina kekayaan jiwa demi kebahagiaan di akhirat sana?


Apakah ada cara bagi membuka pintu rezeki yang berkat seluas-luasnya?


Magnet Rezeki dengan solat duhah ada jawapannya.Ia membongkar rahsia memperolehi rezeki melimpah ruah melalui wahana solat duhah.Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim.Ia menampilkan buktu-bukti yang menjelaskan bahawasanya melalui solat duhah yang istiqamah,sesiapa sahaja mampu memperolehi rezeki yang melimpah-ruah dan diberkati


Marilah meneroka kedahsyatan mukjizat-mukjizat yang ajaib yang ada disebalik ibadat sunat ini kepada kekayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.”


Ia begitu hebatnya kuasa solat duhah jika di tunaikan dan diamalkan secara istiqomah.Di sini di kongsika hadis-hadis yang menyebut berkenaan kehebatan solat duhah seperti yang terkandung dalam buku ini,Abi kongsikan untuk anda semua;


Rasulullah bersabda yang bermaksud:


“Bersediakah kamu aku tunjukkan cara yang singkat berperang,mendapat banyak harta rampasan perang dan cepat kembalinya?Sesiapa berwuduk kemudian berangkat ke masjid mengerjakan solat duhah,maka dialah orang yang paling singkat waktu perangnya,paling banyak harta rampasannya dan paling cepat pulangnya.


(Hadis laporan dari Ahmad dan Thabrani daripada Abdullah bin Amr bin Ash)


Semoga ada manfaatnya perkongsian buku kali ini.Untuk mengetahui lagi tentang kehebatan solat duhah ini,carilah buku ini di gedung buku atau kedai-kedai buku yang berdekatan.



JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP KITA.

4 comments:

:: eyeNa :: said...

insyaALLAH semoga ibadat kita diterima ALLAH.. amin..

anon suria said...

you really like books. kalo ada nak kirim buku apa-apa , esp hard cover book untuk si kecil , bagitau jer anon. kat sini sangat murah cth; buku waltdisney & ladybird,hardcover, sekeping dalam RM1.00.kat msia RM25 dan keatas. dulu pernah tengok kat kedai buku...

Masshah said...

emm..Tq kak eyena..

Masshah said...

Insyallah anon..kalau ingat nak kirim,sy beritahu..Tq.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI