Mari kita berkongsi lagi berkenaan keistimewaan bulan Ramdhan yang penuh barokah ini dengan terjemahan sebuah hadis yang Abi kutip dari sebuah kitab yang diberi tajuk Himpunan Kitab-Kitab Fadhail,mudah-mudahan kita beroleh manfaat.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Umatku telah diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada selain daripada mereka.
1)Kepada mereka bau daripada mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum disisi Allah daripada harumnya kasturi.
2)Bagi pihak mereka ikan-ikan di laut memohonkan keampuanan sehinggalah mereka membuka puasa mereka.
3)Allah menyediakan dan menghiasi sebuah taman yang istimewa di dalam syurga setiap hari dan berkata kepadanya:”Masanya telah hampir bila mana hamba-hambaku yang setia mengenepikan ujian-ujian besar(di dalam dunia) dan datang kepada kamu.
4)Pada bulan ini syaitan yang jahat dirantaikan supaya tidak dapat mendatangi perbuatan-perbuatan maksiat yang selalu mereka hampiri di bulan-bulan selain Ramadhan.
5)Pada malam yang akhir Ramadhan mereka diampunkan.”
Maka para sahabat r.a bertanya :”Ya rasulullah s.a.w.,adakah itu malam Lailatul Qadar? Rasulullah s.a.w.menjawab:”Tidak.Tetapi adalah selayaknya bahawa seorang hamba diberikan upahannya setelah menyempurnakan khidmatnya.”
Semoga kita sama-sama terus merebut keistimewaan bulan Ramadhan yang Agung dan mulia ini dengan kerja-kerja amal bakti yang baik dan ibadah yang berterusan ,nantinya kita akan menerima pengampunan dari Allah yang maha besar.

UNTUK INFO RAMADHAN SETERUSNYA:
No comments:
Post a Comment