Tahun pertama berpuasa bersama isteri,maklum saja boleh di katakana pengantin baru,ini kenangan yang sangat mengesankan hati Abi,maklum saja sebelum ni bila Ramadhan berpuasa dengan keluarga sendiri,berbuka puasa dan bersahur dengan keluarga sendiri tetapi pada tahun ni(2005) berpuasa dengan isteri,berbuka puasa,bersahur,kadang-kadang berterawih bersama isteri,berraya juga dengan isteri,ya..memang pengalaman pertama dan kenangan paling manis semanis kurma gitu!..Semuanya kehendak Allah.
Selepas di ijabkabul 2005
Kenangan Berbuka Puasa Dengan Kumpulan Rabbani
Kenangan yang ni masih segar dalam ingatan,tiap kali Ramdhan menjelang,almaklum saja kawin dengan adik pada artis nasyid popular.ada masanya dapat tiket free bila ada konsert,Cd,Vcd dapat free,bila tiba Ramadhan pula dapat berbuka bersama pula dengan mereka(Abang Asri dan Kumpulan Rabbani).Beberapa tahun kami dapat berbuka puasa di Hotel Singgahsana tapi kini dah jadi kenangan buat kami,kerana Abang Asri telah pergi buat selama-lamanya,semoga Tuhan menempatkan di kalangan hamba-hambanya yang bertaqwa.Amin..
Bersama isteri
Bergamabar bersama Abang Asri
Kumpulan Rabbani sedang membuat persembhan
Kenangan Aidilfitri Di Bukit Lancung
Aidilfitri di kalangan kita di sambut dengan meriah selalunya,adik beradik semua balik.maklum saja kadang-kadang lama tak jumpa dan sibuk dengan tugas masing-masing,bila tiba hari raya macam nilah akan meriah dan mereka balik kampung.Bagi Abi menyambut hari raya di sebelah keluarga pihak isteri memang bawa kenangan yang harmoni dan manis sekali,maklum saja keluarga besar(13orang adik beradik),cucu-cucu yang ramai,ye…memang meriah sekali..Walaupuan hanya sekejap mereka datang tapi sangat mengembirakan hati masing-masing.Biasanya kalau di Bukit Lancung akan di adakan majlis bacaan tahlil untuk arwah sedara mara yang telah pergi,acara kemuncak bermaaf-maafan lepas tu baru makan.
Segalanya tetap terpahat dalam ingatan.
Sebahagian keluarga besar Almarhum Hj Ibrahim Busro
Kenangan Aidifitri 2008(Ziarah Abuya)
Ini adalah kenangan yang sangat manis buat Abi seumur hidup,niat yang terpendam sejak tahun 80 an lagi ketika itu sekolah rendah lagi,kini segalanya termakbul dengan izin Allah(niat puluhan tahun termakbul akhirnya)untuk bertemu dan seterusnya ziarah Ustaz Ashaari Muhammad(panggilan Abuya di kalangan pengikutnya)..Alhamdulillah dengan pertolongan sahabat Abi iatu sahabat kepada sahabat Abi Tuan Syeikh Dr Abd Hamid Abu Sujak(bekas Mejar dalam angkatan tentera Malaysia) pada tanggal 8 syawal 1429H bersamaan 8HB 10 2009 hari Rabu kami bertolak sebelah petang dengan kereta Tuan Syeikh ke Umbai Tanjung Mas Melaka.
Bersama Abuya mangabdikan kenangan
Ketika itu Abuya berada di rumah besan beliau di situ,jadi Tuan Syeikh bawa kami bertemu dan ziarah ,Alhamdulillah Abuya mengizinkan kami untuk datang ziarah walaupun Abuya tak berapa sihat.Kami sampai sekitar pukul 9.10malam,kebetulan semasa kami masuk kearah rumah ada sebuah kereta dihadapan kami menuju kearah yang sama..mungkin malam ni ada tetamu lain selain kami.Maklum saja tetamu Abuya bukan saja dari dalam negeri saja bahkan tetamu dari luar Negara pun ramai ziarah.Kami pun keluar dari kereta,Tuan Syeikh maklumkan pada kami yang berkereta tiga orang tadi adalah pegawai keselamatan dari cawangan Melaka,mereka tahu Abuya di Melaka,jadi mereka pun datang…biasalah menjalankan tugas,kami datang ni pun ada tugas gak..tugas ziarah..
Kami sama-sama masuk,bersalam-salaman,ramai jugak malam ni,anak-anak buah Abuya,anak-anak,mereka sangat mesra dengan tetamu.Yang muda menyalami dan cium tangan..emm..memang hormat dengan orang tua,hasil didikan guru.Kami menerima arahan dari setiausaha Abuya Encik Suhaimi yang Abuya bersedia dan menjemput kami masuk ke dalam bilik Abuya.Kami yang seramai 6 orang 3 anggota keselamatan,Tuan Syeikh,Abi dan Hasbullah masuk ke dalam bilik.Niat Abi selama ini terlaksana untuk menatap secara dekat dan bersalam dengan Abuya,Abuya melayan kami dengan mesra sekali,berulang-ulang kali mengucapkan syukur kerana kami datang,tika itu Abuya di dampingi dengan Ummi Noor.Ya…sekarang orang yang Abi ketika dulu,kini dan selamanya kagumi ketokohannya sebagai pemimpin sebuah Jamaah(dulu Darul Arqam,Rufaqa,kini Global Ikhwan) di hadapan mata.Dalam keadaan begitupun akhlaknya menyantuni tetamu sangat memikat hati.
Anak-anak Abuya sedang menghiburkan kami
Abuya menghiburkan kami dengan memanggil anak-anaknya untuk mengemundangkan beberapa nasyid untuk menghiburkan kami,mereka menyayikan dua buah nasyid.Syawal dan Ramdhan serta lagu Di dunia Tiada Hari Raya,Abi ada rakam sedikit dalam kamera digital yang di bawa.Seorang anggota keselamtan juga mengambil gambar mereka sedang bernasyid dan gambar kami di ambil sekali…dalam hati alamak..gambar ada dalam simpanan polis..ISA.he3….
Tuan Syeikh memberitahu pada Abuya yang kedatangan kami………..,kami pun menyalami Abuya dan keluar dari bilik,Hidangan jamuan sudah tersedia untuk kami menikmati.Alhamdulillah akhirnya Abi bertemu Abuya Ashaari Muhammad dalam bulan Syawal 1429H yang penuh kerahmatan ilahi.
Maaf banyak-banyak kerana mengambil ruang yang banyak untuk catatan kenangan ini(Ziarah Abuya) agak panjang.
Catatan Kenangan
ABI 09
Meru.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
No comments:
Post a Comment