Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Friday, September 18, 2009

Ramadhan Pergi….Syawal Menjelang


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda:"Sesungguhnya rahim itu berasal dari ar-Rahman,lalu Allah berfirman:"Siapa menyambungmu(rahim) maka aku menyambungnya(orang yang menyambung silaturahim) dan siapa memutusmu(rahim) maka aku memutusnya(orang yang memutuskan silaturahim)". (Hadis RiwayatBukhari)


Ramadhan Pergi

Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi saja akan meninggalkan kita semua,bagi orang-orang yang beriman ia merupakan hari yang sangat bersedih kerana selama sebulan mengharungi dan menempuh dengan kesabaran dalam melaksanakan amal ibadah juga amal kebaikan dan kebajikan.Ramadhan akan meninggalkan kita setahun dari sekarang ini bermakna kita akan keluar dari madrasah ramadhan dan kita akan menunggu lagi pada madrasah ramadhan yang akan datang itupun jika di izinkan oleh Allah.


Mudah-mudahan segala apa yang kita lakukan di bulan Ramadhan kita teruskan di bulan-bulan yang lain,kita terus pertingkatakan dan terus beramal seperti mana yang kita lakukan di bulan Ramadhan.Jangan hendaknya bila madrasah Ramadhan meninggalkan kita,maka tabiat-tabiat yang tak baik kita lakukan semula,Dan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita mudah-mudahan juga sebagai Ramadhan yang terbaik buat kita.Mudah-mudahan juga Ramadhan kali ni kita menjadi orang yang benar-benar bertaqwa seperti mana yang di tuntut oleh Allah dalam Al-Quran.Puasa,Solat,Zikir,Sedekah dan segala amal ibadah kita di terima Allah hendaknya.


Syawal Menjelang


Apabila bulan Ramadhan meninggalkan kita ini bermakna Syawal akan menjelang dan hari raya aidilfitri akan di sambut oleh semua umat Islam seluruh dunia.Bagi orang beriman yang berpuasa ia merupakan hari kemenangan buat mereka,selama sebulan berpuasa menahan dari makan dan minum bahkan bukan saja makan dan minum tetapi menahan dari segala runtunan nafsu yang sangat mengajak pada kejahatan berjaya di tundukkan dengan melaksanakan amal ibadah,amal kebaikan dan kebajikan semata-mata kerana Allah demi menuntut keredhaan Allah SWT.


Hari raya yang akan disambut di warnai dengan tasbih,takbir dan tahmid menunjukkan kesyukuran kita kepada Allah.Dalam kita asyik dengan kegembiraan jangan pula kita lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik,Bantu dan santuni mereka dengan memberikan pertolongan juga kasih sayang kita tunjukkan kepada mereka.Hari raya juga menuntut kita agar bermaaf-maafan sesama kita antara anak dan ibu bapa ,suami dengan isteri,adik,abang,kakak serta saudara mara,mungkin antara kita ada kesalahan masing-masing.


Ambilah peluang hari raya ini untuk menjalinkan silaturahim seerat-eratnya sesama kita,yang renggang kita sambung semula,agar hari raya tiada persengketaan antara sesama kita.Tiada masam-masam muka atau rasa sakit hati,yang ada hanyalah kasih sayang dan saling bermaaf-maafan.Jangan pula kita lupa sentiasa bertaubat pada Allah sebanyak-banyaknya,kerana setiap apa yang kita lakukan tanpa kita sedari ada yang tidak diredhai oleh Allah dan mungkin akan mengundang kemurkaan Allah.Jangan lupa juga kita teruskan amalan-amalan solat malam,biarpun sesibuk mana dan letih kepenatan kita dalam menyambut hari raya.


Justeru itu marilah sama-sama kita hayati semangat Syawal,mudah-mudahan kita mendapat keredhaan Allah dan Rahmat Allah.Amin!!!.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

1 comment:

Maiyah said...

Salam lebaran.. moga silaturahim akan terpelihara :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI