Petikan dari sebuah kitab Fiqah Islam berkenaan Lailatul Qadar Abi sajikan untuk anda,moga kita dapat sama-sama mengambil manfaatnya.
Lailatul Qadar adalah satu malam yang sangat mulia;malam yang mempunyai kedudukan yang tinggi,kerana pada malam itu orang beribadat kepada Allah akan diberi pahala yang besar dari Allah S.W.T.
Keutamaan malam Lailatul Qadar,telah dijelaskan dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Lailatul qadar lebih baik dari seribu bulan.”
(Al-Qadar:3)
Lailatul qadar itu adanya pada bulan Ramadhan,dan pada malam beberapa akhir bulan Ramadhan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Carilah olehmu akan lailatul qadar itu pada sepuluh(malam) yang akhir dari bulan Ramadhan.”
(Hadis.Bukhari,Muslim dan lain-lain dari Aisyah)
Selanjutnya oleh Ubadah bin Samit diberitakan bahawa Nabi SAW telah memberitahukan tentang Lailatul Qadar itu,iaitu pada 21,atau 23,atau25,atau 27,atau 29 atau malam yang penghabisan dari bulan Ramadhan.(HR.Ahmad)
Hadis ini memberi petunjuk,bahawa Lailatul Qadar itu tejadi pada tiap-tiap malam yang ganjil dari sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan.Oleh sebab itu pada sepuluh malam yang akhir dari bulan Ramadhan itu Nabi SAW sentaiasa beri’iktikaf dan beribadah sebagai besar dari malam dengan solat dan lain-lainnya,dan beliau membangunkan anak isterinya buat diajak beribadat.
Petikan dari: Kitab Pedoman Lengakap Fiqah Islam
InsyAllah,Semoga kita sama-sama mengambil kesempatan yang ada untuk merebut peluang mencari Lailatul Qadar dengan melakukan ibadah pada malam-malam yang di sebutkan dalam petikan di atas.
UNTUK INFO RAMADHAN TERDAHULU:
Info Ramadhan
1 comment:
salam.. itulah meriah yg dirasa dlm bulan ramadhan.. ibadahnya, bukan raya yg penting
Post a Comment