Mungkin dalam pertemuan kali ini anda sedang bergembira menyambut hari raya,jadi dalam sibuk-sibuk macam ni pun anda masih meluangkan masa untuk membaca,Tahnialah kepada Anda ye.J:Semoga anda ceria selalu hendaknya bertemu lagi dalam Berkongsi Buku,Alhamdulillah dengan izin Allah jua dalam minggu ni(1HB 09-6HB 09) juga dapat Abi habiskan sebuah buku lagi untuk Abi kongsikan dalam ruangan Berkonsi Buku kepada Anda pencinta bukuJ.Harap-harap anda tidak jemu-jemu membaca,membaca menambah ilmuJ.
Buku yang ingin Abi kongsikan adalah sebuah buku yang boleh Abi kategorikan sebuah buku panduan bagi pendidikan anak-anak untuk ibu bapa.Buku yang bertajuk PETUA MEMBANTU ANAK BERJAYA.Buku hasil tulisan bersama Dato’ Dr.Mohd Fadzilah Kamsah,Syaidatun Nazirah Abu Zahrin dan Nurul Aida Abdul Ghani.Harga yang sangat murah RM 11.90 Semenanjung Malaysia dan 13.90 Sabah dan Sarawak.Terbitan PTS MILLENNIA SDN BHD.Secara pribadi buku ini wajib di beli dan di miliki oleh ibu bapa yang prihatin tentang masa depan dan pendidikan anak-anak.Ia sangat sesuai sebagai bahan rujukan dan panduan untuk kita sebagai ibu bapa yang prihatin.
Terdapat sebanyak 25 petua,tips atau panduan yang kita ambil untuk di amalkan dalam mendidik anak-anak supaya berjaya,dengan bahasa mudah di fahami,ringkas tapi padat dan mudah di hadam setiap panduan yang di tulis.Di sini Abi kongsikan catatan bahagian belakang buku ini:
“Adakah anda mahu melihat anak-anak anda berjaya?”Sekira jawapan anda adalah “Ya”,buku ini berhasrat menyediakan cara-cara dan petua-petua praktikal yang mudah diikuti dan dihayati.Petua-petua dan saranan yang di berikan adalah dijamin asalkan mahu mencuba dan berusaha,Ibu bapa yang komited,sedia berkorban dan berusaha memantapkan anak-anaknya,pasti menemui kejayaan.”
Jadi apalagi anda tunggu,milikilah hari ini Panduan yang sangat berguna untuk kita demi anak-anak kita.Semoga perkongsian buku ini memberi manfaat kepada kita semua.
Selamat Membaca dan Beramal!
JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP KITA
UNTUK BUKU YANG TERDAHULU:Dunia Buku
2 comments:
Salam lebaran.. menarik gak buku nih :)
Salam lebaran juga dari saya kak maiyah;)Trima kasih tak jemu2 jadi tetamu kami;)...buku ni memang sesuai untuk ibu bapa...
Post a Comment