Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke 52


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Alhamdulillah tahun ni kita menyambut lagi Hari Kemerdekaan tanahair kita yang ke-52,mudah-mudahan Negara kita terus aman dan makmur selamanya,Setiap tahun pada tanggal 31 Ogos kita akan meraikan bagi menunjukkan semangat kemerdekaan tanahair kita setelah beberapa puluh tahun yang lalu kita pernah di jajah oleh Negara asing.Kini usia kemerdekaan Negara sudah 52 tahun dan Negara sedang menuju kepuncak kejayaan yang seterusnya.Pelbagai kaum meraikan hari kemerdekaan dengan penuh semangat dan patriotik,bagi menunjukkan semangat itu bendera-bendera jalur gemilang di kibarkan di setiap rumah dan juga permis-permis perniagaan mereka,begitu harmoninya suasana ini.


Pada tahun ini Cogankata Hari Kemerdekaan atau juga di kenali Hari Kebangsaan negara kita ialah Satu Malaysia,Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan ,Secara peribadi memang bagus slogan ini,menunjukkan betapa prihatinnya pihak kerajaan tentang nasib dan permasalahn rakyat,jadi kerajaan perlu membuktikan dengan sebaiknya demi rakyat,pengorbanan rakyat khususnya para pejuang kemedekaan kita yang bertungkus lumus menuntut kemerdekaan demi sebuah Negara yang bebas mestilah dihargai jasa-jasa mereka.Biarlah apa yang dislogankan pihak kerajaan ini disertai bukti yang rakyat betul-betul diutamakan dan bukan hanya slogan semata-mata,rakyat sekarang bijak menilai setiap apa yang di ungkapkan oleh para pemimpin negara.


Sementelahan pula Hari Kemerdekaan kali ini bersamaan dengan bulan ramadhan yang mulia,di harapkan suasana hari semasa sambutan menjelang malam kemerdekaan tidak ada unsur-unsur atau perkara-perkara yang mengaibkan yang mencemari kemulian bulan Ramadhan yang mulia ini.Hiburan-hiburan kosong yang tidak berfaedah diharapkan tidaklah dijadikan bahan untuk meraikan hari yang bermakna buat Negara yang kita cintai ini.Apasalahnya kita tukar agenda hiburan itu dengan Majlis-majlis kesyukuran,doa selamat,Wacana Ilmu,Forum dan pelbagai lagi yang boleh memberi manfaat pada Negara dan rakyat Negara ini khususnya,kalau nak hiburan juga biarlah hiburan yang menjurus kearah yang memenuhi tuntutan rohaniah kita seperti hiburan nasyid-nasyid yang berunsur jihad dan semangat Cintakan Tanahair,Lebih-lebih lagi dalam suasana dan bulan yang Agung dan mulia ini.


Itulah yang diharapkan,mudah-mudahan slogan satu Malaysia yang di asaskan bukan hanya slogan semata-mata, kosong yang tidak memberi makna apa-apa kepada kita semua,Para pimpinan Negara perlu peka dengan situasi rakyat kini,dengan penularan wabak H1N1,krisis ekonomi serta persoalan pembaziran perlulah di sekat dan dihadkan supaya pembaziran yang dilakukan tidak berterusan dan merugikan Negara.Setiap tahun kita melaungkan Merdeka!,Merdeka!,Merdeka!,pada hakikatnya Negara kita merdeka tapi jiwa dan perasaan kita apakah benar-benar merdeka?.Pemikiran kita bagaimana?,apakah sebenar-benarnya merdeka?.Bagaimana pula dengan perasaan kita,jiwa kita,apakah kita sudah merdeka dari belenggu nafsu yang ganas dan jahat?.Fikir-fikirkanlah bersama.


Sejarah telah menunjukkan kepada kita bagaimana tentera Islam yang baru mendapat kemenangan di medan badar,telah mendapat kemenangan dengan jayanya dalam ertikata mereka merdeka dari berperang dengan musuh(beroleh kemenangan besar),tetapi apabila junjungan Rasulullah saw menyatakan yang bahawa mereka baru saja balik dari peperangan kecil tetapi ada peperangan(Jihad) yang lebih besar lagi yang mana peperangan ini akan memerlukan daya juang yang kuat dan memerlukan kekuatan dan kesungguhan yang tinggi bagi memusnahkan musuh yang sangat ganas ini.Mereka bertanya kepada junjungan Rasulullah saw tentang perkara yang dinyatakan oleh junjungan Rasulullah saw,Maka jawab junjungan rasulullah saw yang mereka akan berperang dan berjihad melawan nafsu,ya..nafsu yang sering membelenggu kita,bukan sekadar membelenggu tetapi membelit-belit kita sehingga kita tewas kerananya.


Sabad Rasulullah yang bermaksud;


“Kita baru balik dari peperangan kecil untuk masuk ke satu peperangan yang lebih besar.”Sahabat bertanya,”Peperangan apa itu,ya Rasulullah?”Baginda menjawab,Peperangan hati yakni melawan hawa nafsu.”


Sikap sombong ,angkuh,ego,pemarah,pembengis,menindas,rasa riak dan pelbagai lagi jenis sikap yang ada pada kita yang kita sering tewas dan tak mampu melawannya dengan sungguh-sungguh dan istiqamah,Jihad memerangi nafsu merupakan sebesar jihad yang perlu kita laksanakan(Mujahadatunafsi) kerana merupakan musuh utama dalam diri setiap kita.Untuk itu kita perlu bersungguh-sungguh untuk melawan nafsu yang ganas dan berlaku kejam pada diri kita.Bila kita melakukannya dengan kesungguhan hasilnya nanti kita punyai jiwa yang merdeka atau bebas,pemikiran kita di pandu dengan cahaya keimanan yang terang benderang sebagaimana yang di perolehi oleh Rasulullah dan para sahabat yang lainnya.Barulah kita mendapat sebesar-besar kemerdekaan pada diri kita.Itulah erti kemerdekaan sebenar-benarnya.


Semoga anda mendapat manfaat atas pandangan ini.

ABI 09

Meru,4.25Pagi-Ahad-30HB 08 2009.



UNTUK UCAPAN YANG LAIN:Ucapan


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI