AHAD 9hb Ogos 2009 bersamaan 18 Syaaban 1430H.
Pagi ni Abi ,dalam pukul 9.15pagi pergi Kuliah Duhah yang diadakan di Pentas Warisan Batu 8 Kampung Bukit Kapar.Kuliah Duhah ini diadakan pada setiap bulan minggu kedua.Pelbagai topik yang di bicarakan dalam kuliah ini.Penceramah yang di undang setiap minggu kedua ini ialah Ustaz Hj Muhd Fadhil Hj Ismail.
Pada minggu ni Kuliah Duhah agak sepesial kerana di hadiri oleh YB Dr Rani Osman ADUN Meru.Bagi mengisi kekosongan yang ada sebelum Ustaz sampai beliau telah memberi ucapan dan boleh di panggil kuliah kata pengerusi majlis.Dalam ucapan beliau telah memetik sepotong doa dengan mengaitkan dengan kehebatan dan ketinggian Islam.Beliau juga memberi beberapa contoh yang menunjukkan bukti-bukti kehebatan Islam hasil dari kajian yang dibuat oleh para saintis;
1)tujuh pusingan tawaf mengambarkan tujuh lapisa langit,
2)Semua planet pusing arah lawan jam .
3) Batu Hajar Aswad yang di bawa dari syurga yang asalnya berwarna putih dikaitkan dengan kewujudan The Black Hole.
Beliau juga menerangkan serba sedikit tentang isu arak yang baru-baru ini tercetus,semuanya diselesaikan dengan baik.
Giliran Ustaz pula memberi kuliahnya,beliau membawa tajukAdab Perjalanan Orang Yang Mahu Menuju Allah.(Taubat)
Antara butiran yang sempat Abi catatkan:
1)Perbetulkan Taubat
Taubat hendaklah di perbaharui selalu dan setiap masa,jangan buat taubat suka-suka,jangan kira dosa tapi terus bertaubat sungguh-sungguh.
2)Jangan putus asa dengan Rahmat Allah swt(merujuk kisah Al-Qamah,melebihkan Isteri dari Ibunya sendiri).
3)Orang yang berjawatan,jika ada salah dengan orang bawahanya apabila mahu bertaubat mesti minta maaf dahulu kepada orang yang teraniaya.
4)Bertaubat biar benar-benar,Allah akan tetap muliakan,siapa yang dia nak muliakan.
5)Berazam dengan bersungguh-sungguh jangan kembali melakukan kesilapan yang lalu dan mendekati perkara yang pernag di lakukan.
Sebelum mengakhiri kuliah Ustaz telah mengimbas kembali perihal puasa kerana puasa tak lama lagi sebagai ulangkaji,beliau membicarakan perihal secara ringkas Perkara-perkara yang membatalkan puasa dalam bab fekah.Kuliah diakhiri dengan soal jawap dari pendengar dan soalan bertulis.
Alhamdulillah ada manfaatnya hari ni,Kuliah akan datang Ustaz akan bawa tajuk perihal Rumahtangga.Insyallah Abi akan datang.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan durian,berbakul-bakul durian disediakan yang di seponsor oleh YB Dr Rani.Majlis berakhir jam 12.20 tengahari.
ABI 09

Meru.
No comments:
Post a Comment