Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Tuesday, August 25, 2009

Catatan Abi-9

Bacaan 30juzuk sedang dibacakan oleh para Tahfiz Darul Furqan



Kehadiran Para Tahfiz di jamu dengan minum petang


Untuk Melihat Gambar-Gambar Tahlil Malam ke-3:




Majlis Tahlil Untuk Almarhum Ustaz Asri Ibrahim

Majlis Tahlil Almarhum abang Ari(Asri Ibrahim) dijalankan selama 3 malam berturut-turut di rumah Mak Bukit Lancung pada tanggal 14,15 dan 16hb 08 2009.Selaku adik ipar kepadanya Abi telah mengambil cuti tambahan untuk membantu kerja-kerja persiapan majlis tahlil yang akan di adakan pada malam-malam berikutnya.


Tahlil Malam Pertama (14hb 08 2009Jumaat Mlm Sabtu)


Alhamdulillah majlis tahlil malam pertama berjalan dengan baik dan lancar.Ramai tetamu yang datang dari kalangan teman-teman Almarhum,kawan dalam kumpulan Rabbani,orang kampung dan saudara mara turut ke majlis tahlil almarhum.Cuaca malam ni gerimis,para tetamu ada yang berada khemah dan dalam rumah.Bacaan tahlil dan doa aruwah di baca oleh Tuan Imam Masjid Al-Hidayah Bukit Lancung.Majlis jamuan makan mengakhiri majlis…


Di kalangan teman artis yang datang,Kak Pah atau Syarifah aini,Kak Engku turut ziarah mereka datang selepas majlis selesai,menurut ceritanya anak pada Kak Pah yang belajar di Universiti Madinah biasa dengan Abang Ari,bila balik Malaysia anaknya akan call Abang Ari dan kadang-kadang keluar bertemu.Bagi Kak Pah kehilangannya amat di rasai selaku rakan artis.


Tahlil Malam Kedua (15hb 08 2009 Sabtu Malam Ahad)


Malam kedua juga begitu,Orang-orang kampung ramai yang datang,teman-teman Almarhum dari kumpulan Rabbani turut datang ke majlis tahlil malam ni,Saudara-mara turut meramaikan majlis.Malam ni kemudahan mic dan speaker di sediakan oleh pihak Rabbani Production maklum saja para tetamu ramai yang kat luar.Malam ni Pak Imam membacakan doa terjemahan dengan emosi sekali,terasa sebak.Jamuan makan berjalan dengan lancar sekali ..Malam ni selepas majlis selesai majlis,Abi dan Ummi bawa Nur Dania Balqis ke Klinik di Meru dan terus balik tidur di rumah Meru,Malam ni klinik tak banyak yang buka,jadi esok saja kami bawa Nur Dania Balqis ke Klinik.


Tahlil Malam Ketiga (16hb 08 2009 bersamaan 25 Syaaban 1430H)


Malam ketiga,malam kemuncak majlis tahlil di adakan dengan meriah dan ramai sekali para tetamu dari kalangan teman-teman Almarhum,di antara teman artis nasyid yang hadir yang Abi perasan dari kumpulan inteam,Farihin Abd Fatah,Muaz,dari kumpulan faiz dan yang lain-lain.Malam ni adik-adik tahfiz dari Ma’ahad Tahfiz Darul Furqan Bagan Balang hadir ke majlis tahlil,mereka datang awal dalam pukul 6.40petang dibawa dengan bas dan para Ustaz mereka.Mereka akan membacakan Quran 30 juzuk di hadiahkan khusus untuk Almarhum Ustaz Asri Ibrahim.


Bacaan Al-Quran di ketuai oleh Al Fadhil Ustaz Adha bin Buyung (Pemilik Laman Blog Abuhannan08)Malam ni al-Ustaz serius abis…Masing-masing membawa bacaan mereka seorang satu juzuk..Setengah jam lebih masing-masing dapat menyelesaikan bacaan Quran mereka.Majlis di akhiri dengan bacaan doa oleh Al-Ustaz dengan begitu sayu sekali..


Selepas solat Isyak berjemaah ,sambil menunggu para tetamu datang,bahagian dapur sedang sibuk untuk membuat persiapan jamuan,penyediaan makanan dan minuman berjalan dengan lancar sekali,Para tetamu berborak sesama mereka,adalah yang mereka bualkan tu…Orang-orang kampung sudah datang ,malam ni lebih ramai yang hadir..Bacaan tahlil dibawa oleh Abang Muhyuddin selaku Abang yang tua.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan cuaca pun baik malam ni.Bacaan doa untuk Aruwah Ayahnda dan Almarhum Abang Asri dibacakan..moga roh-roh Aruwah tenang di sana..Amin!!!..


Syukur Alhamdulillah majlis selama tiga malam berjalan dengan lancar dan tenang sekali .Mudah-mudahan Allah memberkati usaha-usaha kebaikan untuk Almarhum Ustaz Asri,Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan menempatkan Almarhum dikalangan hamba-hambanya yang bertaqwa,jadi kita yang masih hidup ni bersiap sedialah yang entah bila kita akan di jemput ke alam sana.


Mudah-mudahan catatan ini mengingatkan pada Abi tentang kematian yang entah bila bakal menjemput.


ABI 09
Meru.





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI