Kata Nabi dalam sabdanya Syaaban itu bulan ku
Syaaban adalah Bulan kemuliaan,Bulan ketinggian,Bulan kebajikan
Di dalamnya mengandungi pelbagai amalan dan kelebihan
Seandainya umat melaksanakan ibadah di dalamnya nescaya
Di kurnaikan pahala tujuh ratus kali ganda banyaknya…
Syaaban bulan keampunan bagi mereka yang ingin bertaubat
Tuhan pasti mengampunkan dosa-dosa mereka
Marilah kita menyelami Syaaban dengan penuh Taqwa
Moga Tuhan merahmati kita
Syaaban juga terbuka pintu kebajikan
Marilah kita beramal di bulan Syaaban
Berpuasa,bersedekah,berzikir,membaca Quran,bertaubat…
Tuhan pasti tolong kita..
Kerana kita beramal di bulan Syaaban
Jangan pula kita lupa banyakan bersalawat di bulan Syaaban ini
Kerana pahalanya sungguh besar
Bukti kita cinta nabi dan mengagungkan bulan nabi
Oleh itu wahai insan jadikan Syaaban ini
Syaaban yang penuh dengan amalan buat kita
Diri yang selalu alpa dan terlupa
Bulan Syaaban sebagai pusat latihan sebelum kita
Memasuki ke Madrasah Ramadhan
Semoga Tuhan merahmati kita
Semoga Tuhan mengampunkan dosa-dosa kita di bulan Syaaban
Yang mulia ini..
Semoga Tuhan merahmati keluarga kita di bulan Syaaban ini..
Terima kasih Tuhan dengan rahmat-Mu di bulan syaaban ini.
Nukilan:
ABI 09
11hb 08 2009 bersamaan 20Syaaban 1430H
Jam:8.20pagi-Selasa
Meru.
No comments:
Post a Comment