Untuk Melihat Gambar Seterusnya:Album Nur Dania Balqis
Semasa Anda membaca catatan ini anda sedang menjalani ibadah puasa,Semoga puasa kita diterima Allah,Catataan Abi nukilkan semasa beberapa hari cuti di Shah Alam sempena kematian Abang Asri Ibrahim,Ia merupakan catatan pilu Abi dan juga kepada Anda semua,sudah tentunya rasa kehilangan pada seseorang yang sangat besar jasanya dalam dunia kesenian Islam di tanahair kita.Jika sudi bacalah catatan ringkas ini..
Sebuah Catatan Pilu
Tanggal 13hb 0 2009 bersamaan 22 Syaaban 1430H,Khamis
Terima panggilan Dari Ummi,
Dalam pukul 11.30pagi Ummi membuat panggilan di hp Abi,tapi tak angkat ketika itu Abi tengah tidur…tak lama kemudian Kak Leha datang memberi tahu Abi,mengatakan Abang Ummi yang kat Kajang meninggal dunia,Abang kat Kajang?tanya Abi,setahu Abi Ummi tak ada abang yang tinggal kat Kajang…kalau Bangi adalah..degupan jantung Abi semakin kuat..timbul persoalan..abang kat Kajang?..Abi amik hp dan ada panggilan miscall sebanyak 4 panggilan ,bila Abi buka hp Ummi yang membuat panggilan..tak lama dari tu Ummi call,Abi jawap panggilan..Ummi beritahu Abang Ari meninggal…semasa buat program kat RTM pagi tadi..”..Abang Ari?..betul ke?..Sakit apa?..Jawap Abi pada Ummi..berdegup jantung Abi dan menitis airmata Abi sederas-derasnya..
Ya..Allah..cepatnya Engkau mengambilnya..Siapa yang tak sedih ?Siapa yang tak menangis?..Berita kematian Abang Ari telah di bacakan dalam berita RTM..pukul 12.00Tgh dan Berita 1.30 pm di TV3 serta laman-laman blog juga telah menulis dan memberitahu tentang kematiannya.Ini bermakna kematian Abang Ari telah di ketahui seluruh dunia.Dalam hati Abi..Negara kehilangan insan yang sangat berjasa pada dunia nasyid Tanahair(kesenian Islam).Pada keluarga adalah kehilangan permata hati yang di sayangi semua…Tuhan..kami redha dengan kepergiannya…
Hati ini merasa hiba dan sedih sekali hari ini…hujan turut turun seolah-olah menangisi pemergian seseorang yang sangat berjasa pada agama…ya..memang sangat besar jasanya…sumbangannya….Ya..Allah…Ya..Allah..Ya..Allah..pilunya hati ini…
Petang,Jam 2.40pm.
Kami bertolak ke Bukit Lancung Rumah Mak,Dalam perjalanan buka radio IKIM.FM.sesekali deejay memberitahu tentang kematian Abang Ari..terasa sebak dan hiba..apabila sepanjang perjalanan lagu-lagu dari kumpulan Rabbani di kumandangkan.Air mata hampir mengalir sekali lagi tapi Abi tahan..Hp Ummi tidak henti2 menerima panggilan dan juga sms,mereka bertanyakan tentang kematian Abang Ari…bagi memastikan kebenaran berita yang mereka dengar.Ramai di antara mereka yang masih macam tak percaya dengan berita yang mereka dengar..Ya memang tak percaya tetapi itulah hakikatnya..Dia pergi takkan kembali selama-lamanya…
Di rumah Bukit Lancung
Sampai di rumah Bukit Lancung dah ada orang kampung yang datang ziarah,ketua kampung Bukit Lancung Tuan Hj Miskam pun turut ziarah,sedikit demi sedikit orang ramai datang ziarah walaupun jenazah masih di hospital Pantai.Mak,Adik,Ramlan dan yang lain masih di hospital menanti jenazah yang bakal dibawa ke rumah.Abi diberitahu di hospital juga ramai yang datang ziarah dari kalangan peminat,teman artis,para pemimpin,teman-teman.Sekitar pukul 3.30pm sudah semakin ramai yang datang untuk ziarah,JAKIM telah menghantar Imam masjid Putrajaya,bila mendengar kematian Abang Ari.Abi mengabdikan suasana melalui lensa kamera Abi.Ramai dikalangan teman-teman artis yang datang ziarah,sahabat-sahabat lama dalam jemaah pun ramai datang ziarah.
Masa yang di tunggu tiba,Jenazah sampai di rumah,orang ramai membantu mengusung jenazah masuk kedalam rumah..Hati ini semakin sebak…Ya..Allah..tempatkanya di kalangan hamba-Mu yang bertaqwa..bisik hati ini..Bacaan Yassin dan Tahlil diketuai oleh imam besar masjid Putrajaya dan di sertai para tetamu.Jenazah akan di kebumi selepas maghrib kerana memberi peluang para tetamu untuk memberi penghormatan terakhir serta menatap wajah dan solat jenazah.Orang semakin ramai datang ziarah.wakil-wakil dari pihak media turut ziarah dan merakam suasana hari itu..Pihak RTM,TV3.BERNAMA TV,BERITA AWANI masing-masing membuat liputan dan rakaman untuk di muatkan dalam slot berita masing-masing.
Sekitar Jam 6.00petang..
Kunjungan dari para tetamu untuk memberi penghormatan terakhir dan solat jenazah masih berterusan dari kalangan peminat,rakan artis,rakan jemaah lama,pemimpin masyarakat dan para alim ulama yang turut ziarah antaranya yang Abi perasan Ustaz Salahudin Nasir,Ustaz Zawawi yusuh,Ustaz Zahzan,Ustaz Wan Akasah dan isteri,Ustaz Amalluddin,Ustaz Muhammad Abdullah dan yang lainnya.YB Suhaimi ADUN Sri Muda juga turut ziarah..mereka datang dengan membawa hati yang sangat sedih dan pilu sudah tentunya…Aruwah banyak jasannya pada Agama(dalam bidang kesenian Islam).
Para tetamu ada yang balik dan ada yang masih menunggu hingga lepas maghrib.Saat-saat perpisahan untuk selamanya menghampiri…Solat Jenazah yang terakhir di imami oleh Abang Muhyuddin selaku abang yang paling tua di kalangan keluarga.Masa yang di tunggu telah tiba..Jenazah di usung untuk dibawa ke tanah perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam..Oh Tuhan tempatkan Almarhum dengan orang-orang yang Soleh…
Di Tanah Perkuburan…Yang Pergi Takkan Kembali Lagi.
Abi,Abuhannan dan Fadzil satu kenderaan ke tanah perkuburan,sampai saja dah ramai orang yang menunggu jenazah.Abi dan Abuhannan sempat mengambil gambar kubur yang digali….di sinilah rumah kekal untuk kita..bisik hati Abi.Jenazah sudah tiba,Jenazah di usung ke kubur yang tersedia..orang ramai turut membantu..Untuk terakhirnya anak-anak Aruwah di beri peluang untuk menatap wajah ayahnda yang dikasihi dan orang ramai…Jenazah di tutup kembali..kini tiba Jenazah di masukkan kedalam kubur…Ya..Allah.. ampunilah dosa-dosaku..bisik Abi..Hidup pasti mati..Akhirat tempat kehidupan yang abadi…Jenazah sudah di masukkan ke liang lahad…kubur dah di kambus tanah…Bacaan talkin dan tahlil di bacakan oleh Abang Muhyuddin..dan diakhiri doa…
Selesai doa,Tuan Syeikh Hussein bagi mewakili keluarga mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang datang ziarah,para media dan wartawan yang membuat liputan dan berita,beliau menyatakan Almarhum bukan saja di kenali ditanahair tetapi seluruh dunia mengenali Almarhum.Almarhum juga seperti anak dan keluarga beliau,Akhirnya beliau berdoa semoga Almarhum ditempatkan dikalangan para syuhadak dan Solehin..Amin!!!..
Semoga Aruwah Abang Asri bin Ibrahim di tempatkan di kalangan hamba-hambanya yang beriman dan bertaqwa…Amin!!!
Selamat Tinggal…yang pergi takkan kembali…lagiii…
ABI 09,Meru.
No comments:
Post a Comment