Alangkah berbahagiannya mereka yang telah mempunyai anak hasil perkongsian pasangan masing-masing,anak-anak menceriakan suasana dalam sesebuah rumahtangga.Anak-anak membuatkan hati kita rasa tenang dan bahagia,Namun dalam kita bergembira dan berbahagia dengan anak-anak jangan pula kita lupa tanggungjawap kita dalam memberikan didikan dan panduan pada anak-anak kita.Bagi mereka yang sudah mempunyai anak yang ramai sudah tentunya punyai pengalaman tersendiri dalam mendidik anak masing-masing.
Alhamdulillah kami baru dikurniakan dengan permata hati(baru 4 bulan) seorang namun begitu persoalan pendidikan dan didikan anak seboleh-bolehnya ingin mengikuti panduan agama dalam mendidik permata hati Abi.Melalui ilmu keibubapaan yang diperolehi melalui panduan bacaan ataupun melalui ceramah,kuliah,motivasi adalah penting untuk Abi dalam mendidik anak Abi Nur Dania Balqis.
Dalam kesempatan ini Abi ingin kongsikan beberapa panduan mendidik anak hasil pembacaan Abi,iaitu berkenaan Adab Makan(dari sebuah buku yang bertajuk:ANAK CERMERLANG-Kaedah Penghayatan Dalam Pendidikan)
Antara yang patut diperhatikan Ibu bapa terhadap anak-anak tentang adab makan(lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ketika ini,
1)Membasuh tangan sebelum menjamah makanan dan selepasnya.
Sabda Rasulullah s.a.w.yang bermaksud:
“Berkat makanan itu ialah berwuduk sebelumnya dan berwuduk selepasnya.”
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
2)Membaca Bismillah ketika menjamah makanan dan membaca Alhamdulillah selepas selesai makan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila seseorang kamu makan,hendaklah membaca Bismillah.Jika dia terlupa di awalnya,hendaklah membaca Bismillah pada awalnya dan akhirnya.”
(Riwayat Abu Daud da Tirmizi)
3)Jangan sekali-kali mencaci makanan yang ada di hadapan kita.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Rasulullah tidak pernah mencaci makanan sama sekali.Jika dia suka dimakannya dan jika tidak suka dia akan tinggalkannya sahaja.”
(Al-Hadis)
4)Hendaklah makan menggunakan tangan kanan dan makan makanan yang terdekat dahulu.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Wahai anak kecil! Baca Bismillah ,makan dengan tangan kananmu dan makan apa yang ada di hadapanmu.”
(Al-Hadis)
5)Jangan sekali-kali makan bersandar.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Aku tidak pernah makan bersandar.”
(Riwayat Abu Juhaifah bin Abdullah)
“Aku lihat Rasulullah duduk iq’aa’(sebelah kakinya didirikan)ketika makan buah kurma.”
(Riwayat Muslim dari Anas r.a.)
6)Sunat mendoakan tuan rumah setelah selesai menjamu selera di rumahnya.
“Telah berbuka di tempat kamu orang-orang yang berpuasa dan telah makan makanan kamu orang yang soleh.Moga-moga para malaikat merahmati kamu.”
(Al-Hadis)
7)Jangan sekali-kali memulakan makan,sehingga orang yang lebih dewasa memulakan terlebih dahulu.
“Apabila kami bersama-sama Rasulullah s.a.w. menghadapi makanan,kami tidak menghulurkan tangan kami sehingga dimulakan baginda dan menjamahnya dahulu.”
( Riwayat Muslim)
8)Jangan membazirkan makanan.
“Kamu tidak tahu makanan mana satu dari makanan kamu yang berkat.”
(Al-Hadis)
Mudah-mudahan ilmu yang sedikit ini dapat di kongsikan bersama,agar beroleh manfaat dalam mendidik anak-anak kita.
No comments:
Post a Comment