Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Tuesday, August 11, 2009

Berkongsi Buku

Ustaz Amaluddin penulis buku:Bawa Hatimu Kepada Tuhan




Bawa Hatimu Kepada Tuhan




Dalam minggu ni(3hb 08 2009 bersamaan 12 Syaaban 1430H) dengan izin Allah,Abi dah habiskan 2 buah buku untuk di cerna dalam minda Abi,memang hobi membaca sangat menyeronokan,bagi mereka yang hobinya membaca mesti ada perasaan macam Abi,tak tahulah kalau perasaan tu lain-lain.Apa pun Tahniahlah bagi mereka yang hobinya membaca.Sebuah buku yang Abi dah baca yang dibeli di Pesta Buku Neger Selangor 2009 ialah buku bertajuk:

1. BAWA HATIMU KEPADA TUHAN

Sebuah buku terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd,Tulisan Ustaz Amaluddin bin Hj Mohd Napiah pemilik laman blog Sahabat Amal.Buku setebal 207 muka surat,kategori Tarbiah Rohani.Buku yang berharga RM 21.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM23.00 Untuk Sabah dan Sarawak.Buku ini harus dimiliki oleh semua orang kerana kandungannya yang banyak memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya.Buku ini mengandungi empat bahagian,setiap bahagian membicarakan tajuk yang berlainan,Setiap bahagian ada membicarakan tentang Iman,tentangDosa,tentang Pahala dan tentang Syurga.

Walaupun setiap tajuk di kupas secara ringkas dan bahasa yang mudah tetapi padat dengan ilmu yang boleh kita amalkan dan sebagai bahan renungan untuk diri kita yang sentiasa lupa.Sangat sesuai sebagai bahah tarbiah untuk mendidik hati,memang pun target buku ini adalah untuk mendidik hati kita agar dekat dengan Tuhan.Bawa Hatimu Kepada Tuhan.Tuhan segala-galanya buat kita.

“Mencari kemanisan dalam kehidupan.Mehnah mendatang terasa terbeban.Bawa Hatimu Kepada Tuhan.Di sana menanti syurga idaman”

“Cinta itu bermula dari HATI.Andai HATI itu ikhlas,cinta yang terzahir akan terbina dengan penuh kasih sayang dan ketulusan,Untuk membina cinta itu,HATI perlulah disemai dan dibaja dengan benih mahmudah yang menjanjikan kebahagian dunia dan akhirat.

BAWA HATIMU KEPADA TUHAN memberi dimensi baru penulisan ilmiah yang menggabungkan mutiara-mutiara pengajaran dalam pembentukan HATI yang sejahtera.” Sedikit dari tulisan di bahagian belakang buku BAWA HATIMU KEPADA TUHAN.

Bahagian Pertama:(Tentang Iman)

Suburkan iman carilah kemuliaan
Lapanglah dada hentikan ratapan
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN
Mengharap hadir jiwa kehambaan.

Bahagian Kedua:(Tentang Dosa)

Beratnya dosa menghimpit jiwa
Jiwa terseksa inginkan penawarnya
Hapuskan dosa sucikan amalan
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN.

Bahagian Ketiga:(Tentang Pahala)

Miliki hati orang beriman
Bersulam takwa kekal berzaman
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN
Kembara cinta tanpa sempadan
Cinta ilahi itulah buruan.

Bahagian Keempat:(Tentang Syurga)

Carilah kemanisan dalam perjuangan
Perjuangan mengejar cinta dari Tuhan
Mehnah mendatang itulah ujian
Jangan tersungkur walau terbeban
BAWALAH HATIMU KEPADA TUHAN
Di sana menanti Syurga Idaman.

Serba ringkas Abi kongsikan kandungan buku ini,agar ada manfaatnya selebihnya carilah buku ini di mana-mana kedai atau gedung buku yang menjual buku ini.




Atau layari laman blog:SAHABAT AMAL

Selamat membaca.!
JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP KITA.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI