Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Monday, August 31, 2009

Hadis Kelebihan Ramadhan



Selamat menunaikan Ibadah puasa kepada tetamu Nur Dania Balqis semua,mudah-mudahan ibadah kita di terima oleh Allah.Dalam kesempatan ini ingin Abi kongsikan sebuah terjemahan hadis panjang,yang Abi salin dari sebuah kitab yang diberi nama Himpunan Kitab-Kitab Fadhail dalam bab yang menyentuh ibadah puasa.Semoga kita sama-sama dapat mengambil pengajaran dari hadis ini.


Kelebihan-Kelebihan Ramadhan


Salman r.a. meriwayatkan bahawa pada akhir bulan Sya’aban Rasulullah s.a.w. memberikan khutbah kepada kami dan bersabda:


“Wahai manusia,telah datang sekarang satu bulan yang mulia(agung),bulan yang diberkati yang mana terdapat di dalamnya satu malam yang tersangat besar kelebihannya daripada seribu bulan.Inilah bulan yang mana Allah mewajibkan siang-harinya untuk berpuasa.Dan dia telah menjadikan Terawih sebagai sunnah di malam itu.Barangsiapa yang ingin mendekatkan dirinya kepada Allah dengan melakukan apa sahaja amalan baik,kepadanya akan diganjari sebanyak amalan fardhu yang dilakukannya di masa-masa yang lain.


“Dan barangsiapa melakukan satu amalan fardhu,kepadanya akan diganjari sebanyak tujuh puluh amalan fardhu yang di lakukannya di masa-masa yang lain.Sesungguhnya ini adalah sebuah bulan kesabaran,dan ganjaran bagi kesabaran yang sejati ialah Jannah(Syurga).Ini juga adalah bulan simpati terhadap saudara-saudara mu.Ini adalah bulan di mana rezeki bagi orang yang benar-benar beriman ditambah.


”Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa,sebagai pembuka puasanya(pada masa matahari terbenam),kepadanya adalah keampunan terhadap dosa-dosanya dan pembebasan daripada api jahanam(Neraka),dan untuknya adalah ganjaran yang sama(dengan orang yang diberinya makan)tanpa mengurangkan pahala orang itu sedikitpun.”


Maka kami pun berkata:”Wahai Rasulullah,tidak semua daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa itu bagi membuka puasanya.”


Rasulullah menjawab:”Allah mengurniakan ganjaran yang sama ini kepada dia yang telah memberikan kepada orang yang berpuasa bagi membuka puasanya hanya dengan sebiji tamar atau seteguk air ataupun sekali sisipan susu.”


“Inilah bulan yang pada permulaannya membawakan kerahiman Allah,pada pertengahnnya memperolehi keampunanNya dan di akhirnya mendapat kebebasan daripada api Neraka Jahanam.”


“Barangsiapa meringankan bebenan ke atas hamba-hambanya(hamba-hamba Allah)di dalam bulan ini,Allah akan mengampuninya dan membebaskannya daripada azab api Neraka Jahanam.”


“Dan di dalam bulan ini kita hendaklah melakukan terus sebanyak-banyaknya akan empat perkara,dua daripadanya untuk mendapatkan keredahaan Allah sementara yang dua lagi yang mana tanpanya kamu tdak dapat melakukannya.Dua yang menyukakan Tuhanmu ialah kamu hendaklah bersaksi sebanyak-banyaknya bahawa tidak ada sesuatu yang selayaknya disembah melainkan Allah(iaitulah dengan membaca Kalimah Tayyibah:Laa illaha-illallah) dan sebanyak-banyaknya istighfar(meminta keampunan kepada Allah dengan Astaghfirullah).


“Dan dua(perkara) yang(tanpanya)kamu tidak dapat melakukannya ialah hendaklah kamu memohon pengharapan kepada Allah untuk memasuki Syurga dan meminta perlindungan kepadaNya daripada Jahanam.”


“Dan barangsiapa memberikan seseorang yang berpuasa akan air sebagai minuman,Allah akan membenarkannya untuk meminum daripada telagaku,sekali minum yang selepas meminumnya dia tidak akan berasa dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam Syurga(Jannah).”


Diriwayatkan daripada Ibn Khuzaimah di dalam sahihnya.


Semoga ada manfaatnya.Selamat Berpuasa!...

UNTUK INFO RAMADHAN SEBELUMNYA:

Info Ramadhan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI