Mari kita amati dan ikuti nasihat-nasihat Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang beliau ucapakan ketika perasmian Konsert Antara Dunia pada 1 Ogos lepas di Stadium Malawati Shah Alam.Mudah-mudahan kita sama-sama beroleh manfaat dari pantun yang di utarakan beliau.
Kalau berladang kurang tekun
Lesap padi di telan belukar
Kalau hilang tukang pantun
Senyap sunyi Bandar yang besar.
Kapal belayar dari arakan
Selit besi jadi kemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati ambo(saya)kerana budi.
Tuan Puteri ke Tanjung Keling
Bilah mengkuang dianyam tenang
Biar isteri benci menjeling
Tetaplah abang terkenang-kenang.
Naik bertamu di Pulau Tawar
Singgah menjala di Kampung Buntal
Pahit jelling menjadi penawar
Abang simpan di bawah bantal.
Hujung rusuk patah tulang
Kena tindih kayu rasak
Kalau sungguh rindukan bulan
Tunggu dulu lepas isyak.
Tebuk kayu dengan pahat
Kelek mangkuk dengan topi
Kata mahu keluar jihad
Nampak sangkut di kedai kopi.
Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Harap berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh.
Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita di jalan Alla
Biar dengan sepenuh hati.
Manis sungguh dokong Tuan
Malam resah pelita mati
Payah apa sokong bulan
Mungkin susah tapi tak mati.
Apa risau hantu jembalang
Al-quran di baca berhari-hari
Tubuh besar janggut panjang
Bunyi wisel kenapa lari?
Dayung sambil pasak kemudi
Air deras di ulu tersat
Jangan diambil jalan yahudi
Itu sah menuju sesat.
Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat.
Sejak kera masuk negeri
Anak merbah mati tersepak
Sejak ketua sibuk mencuri
Anak buah jadi perompak.
Burung punai burung kelicap
Hinggap berkawat di hujung dahan
Tidak guna lawa dan kacak
Jika melawan hokum Tuhan.
Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api.
Terbang kunang di tengah malam
Hinggap masuk di tiang seri
Tangan kanan di ajak bersalam
Apa maksud pisau di kiri.
Hujung
Orang kaya Laksamana Bentan
Tuan berkata sesuka hati
Karamlah saya tujuh lautan
Tuanku umpama emas segetus
Segak bertempat indah seorang
Hamba umpama selipar yang putus
Tiba bertempat dilupa orang.
Bermamah sirih ditengah pelita
Pahit mulut sampai ke pagi
Beradu susuh taji pendeta
Terbit suluh batil pergi.
Biar bersambung bedilan Feringgi
Takku tinggal ini
Islam berbumbung di awan tinggi
Mengatasi segala mainan kata.
Gua Bama Sungai Hulu
Kuala Damak berbatu karang
Hamba umpama dagang lalu
Nasi ditanak milik orang.
Rata lapang Gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
Kita menumpang bumi Tuhan
Jangan dibuat sesuka hati.
Daun palas ikan kelah
Mari diikat dengan tali
Niat ikhlas kerana Allah
Syirik tidak sekali-kali.
Papan tualang mari diukir
Buat tongkat si kayu jati
Sayang malam hidup berzikir
Kuat ibadat sebelum mati.
Akar tersesat jambu batu
Ikat kolek bertali kain
Resam ibadah niat tertentu
Bukan boleh di buat main.
Jalan bengkok terkial-kial
Sambil mengupas limau lengkap
Tengokkan songkok bagaikan kiyai
Kenapa membaca tergagap-gagap?
Apa guna berkain batik
Jika labuh terbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika subuh tidak sembahyang.
Teluk Rokan tempat memancing
Angkat raga berisi gelas
Jika ikan umpannya cacing
Syarat Syurga ialah ikhlas.
Tunas selasih dibuat rebung
Asah belati diasap dammar
Bercerai kasih boleh disambung
Berpisah mati putuslah amal.
Putus amal jika mati
Itu muktamad dari Allah
Cuma ada tiga kecuali
Anak soleh,ilmu dan sedekah.
Lantang bersahut burung bebarau
Kayu jati dibuat sarang
Adab hidup kita bergurau
Sudah mati terguling seorang.
Dari Demak ke Makasar
Bergalah perahu tidak berbaju
Maffkan hamba jika terkasar
Allah jua tempat dituju.
Pisang Dusun kacip cekati
Sireh dibilas luar rumah
Saya berpantun dari hati
Tuan balas tiba di rumah.
Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai nyonya
Sepanjang mana seutas tali
Akan ada terus hujungnya.
Begitulah beberapa rangkap pantun yang panjang yang telah dibacakan oleh Tuan Guru,InsyaAllah….mudah-mudahan kita beroleh manfaat di atas nasihat beliau.
#Sumber Pantun dari Harakah keluaran Jumaat
No comments:
Post a Comment