Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Sunday, August 9, 2009

Majlis Cukur Jambul Nur Dania Balqis Dan Tahlil Aruwah



Lihat Gambar Majlis seterusnya:Album Nur Dania Balqis


Hari Ahad 2Hb 08 2009 bersamaaan 11Syaaban 1430H,

Majlis Cukur Jambul Nur Dania Balqis Dan Tahlil Aruwah Ayahnnda Hj Ibrahim telah diadakan.Keluarga yang lain dah ada,sementara menunggu tetamu dari orang-orang kampung juga Abang Asri dan rakan-rakannya,masing-masing bersembang.Maklum saja bukan selalu bertemu.

Alhamdulillah orang-orang kampung dah sampai tapi Abang Asri dan kawan-kawan tak sampai lagi,di maklumkan Abang Asri terperangkap ‘jem’ di laluan MMR2,Abang Muhyudin Call Abang Asri minta Izin untuk memulakan majlis dulu,Abang Muhyudin menyerahkan majlis kepada Tuan Hj Miskam(Ketua Kampung yang Baharu) untuk memulakan bacaan berzanji dan Marhaban seterusnya di akhiri dengan tahlil aruwah.

Bacaan berzanji terus berkumandang dengan tenang sekali.Kini giliran Abi membawa Nur Dania Balqis untuk acara mengunting rambut,sebelum tu kena pusing keliling sebanyak tiga kali sambil di sulami salawat dari para tetamu.Sepanjang acara itu dijalankan Nur Dania Balqis tidur dengan lenanya.Orang gunting rambutnya pun tak sedar,mulutnya di bagi madu pun tak tunjukkan reaksi,enak di ulit mimpi kot..Lima orang yang gunting rambutnya,lepas tu serahkan kat Ummi,suruh Mak Meru dan Mak Bkt Lancung gunting rambutnya.Acara di teruskan dengan bacaan tahlil aruwah yang dibacakan Imam masjid dan diakhiri dengan doa.

Selepas itu acara Jamuan makan pula,makanan semua sudah tersedia tinggal di angkat dan di hidang saja pada para tetamu.Acara jamuan makan berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang gangguan yang tak di ingini..he2..masing-masing berselera.Alhamdulillah segalnya lancar walaupun agak lewat sedikit majlis bermula.Jiran lama seksyen 27 flat Proton pun ada datang,kawan Ummi cikgu sekolah pun ada yang datang tapi Abi tak jumpa sebab hantar Mak Meru balik.Apapu terima kasih mereka sudi datang.

Di kesempatan ini Abi dan Ummi ingin merakamkan ribuan terima kasihnya yang tak terhingga pada Ibunda mertua tercinta Puan Rubiah Binti Hj Ehsan,Puan Jumirah Binti Hj Jungin(Terima kasih Mak datang),Tuan Hj Muhyudin dan semua ahli keluarga sebelah Mak Bukit Lancung dan Keluarga dari Meru,Abang dan kakak ipar,anak-anak buah dan orang-orang kampung yang sudi hadir ke majlis kami.Juga pada abang Asri dan keluarga serta rakan-rakan dari Kumpulan Rabbani yang sudi datang walaupun terperangkap dalam jem,walaupun abang Asri tak dapat membacakan berzanji dan marhaban untuk Nur Dania Balqis namun kedatangan mereka menambah serikan majlis itu.Ribuan kemaafan juga Abi dan Ummi pohonkan andainya ada kekurangan semasa majlis itu di jalankan.

InsyAllah..!Bertemu dalam kenduri Akikah yang akan datang(Dalam Perancangan).

ABI 09Meru.




Untuk Melihat Gambar Majlis:Album Nur Dania Balqis

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI