Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Saturday, August 22, 2009

Berkongsi Buku-2

Penulis Buku:Ustaz Ghazali Ibrahim



Buku Kembara Hati Di Tanah Suci




KEMBARA HATI DI TANAH SUCI(Menyingkap Kehebatan Dan Kemuliaan Tanah Suci)

Ini adalah buku kedua yang Abi baca pada minggu ni(3hb 08 2009 bersamaan 12 Syaaban 1430H),Buku yang di hadiahkan oleh Abang Ipar Abi yang juga selaku penulis buku ini iaitu Ustaz Ghazali bin Hj Ibrahim.Tahniah dan terima kasih Abi ucapkan pada Abang Zali kerana hadiah buku ini dan Tahniah juga dengan kelahiran buku terbaru ini KEMBARA HATI DI TANAH SUCI.Sebelum ni pun beliau ada menghadiahkan buku-buku beliau kepada Abi seperti KENAPA MESTI MERANCANG PUSAKA dan RM 38 BILLION PUSAKA BELUM DI TUNTUT.Untuk kali ni Abi hanya nak memperkatakan buku KEMBARA HATI DI TANAH SUCI.

Buku setebal 284 muka surat berharga RM3O untuk Semenanjung dan RM32 untuk Sabah dan Sarawak,Tebitan Tijarah Network sebuah syarikat yang diasaskan oleh beliau sendiri.Buku ini dalam kategori Siri Kesedaran Bersama seperti yang tertera di bahagian bawah buku tersebut.Secara peribadi sebuah buku yang penuh dengan motivasi kesedaran,bahasa yang mudah,sesuai untuk sesiapa saja Umat Islam yang bercita-cita bukan saja bercita-cita tetapi berniat untuk menunaikan Umrah dan Haji ke Tanah Suci Mekah dan Madinah,yang sudah pergi pun sangat sesuai memiliki buku ini.Apa yang menarik tentang buku ini ialah disertai dengan foto yang menarik dan ilustrasi yang berinfo.

Ada kalanya sedih apabila penulis menulis tentang Tak Kenal,Tak Cinta Nabi(Bahagian 8,Umrah dan Haji Jangan Lupa Ziarah Nabi).bagaiman penulis membawa kita mengimbau dan menghayati cerita Nabi.yang sangat menyentuh hati kita semua,hingga mengalir airmata kita.Ini yang terjadi pada Abi kisah yang sangat menyentuh hati iaitu ‘Aku akan bertemu Ilahi’ Kisah Akasyah dengan Rasulullah.Bacalah dan hayati dalam buku ini.Pasti mengalir airmata..

Buku ini mengandungi 10 bab setiap satu bab mengandungi tajuk-tajuk kecil yang di kupas dengan bahasa mudah serta penuh dengan motivasi yang sangat membina untuk para pembaca.Ia merupakn seperti apa yang penulis ungkapakan dalam mukadimah buku ini.”tetapi lebih kepada ingin berkongsi sedikit ilmu pengetahuan,pengalaman,rasa hati kerana sesungguhnya ibadah haji dan umrah…andai kita lihat dalam-dalam,ianya adalah berkenaan cara perlaksanaan dan selebihnya ialah penghayatan.”Namun apa yang Abi dapati dalam buku ini sangat banyak ilmu dan perkara yang selama ini tak faham baru kini tahu dan faham.

Di sini Abi kongsikan serba sedikit kandungan yang terdapat dalam buku ini:

· BAB1-KE TANAH SUCI MENJADI TETAMU ALLAH
· BAB2-UMRAH DAN HAJI DI TANAH SUCI
· BAB3 UMRAH DAN HAJI PERSAKSIAN DENGAN HATI
· BAB4-UMRAH DAN HAJI PROSES DIDIK HATI
· BAB5-UMRAH DAN HAJI ADA KEBAIKAN UNTUK DIRI
· BAB6-UMRAH DAN HAJI ANUGERAH ALLAH
· BAB7-UMRAH DAN HAJI KEMUNCAKNYA DI SINI
· BAB8-UMRAH DAN HAJI JANGAN LUPA ZIARAH NABI
· BAB9-UMRAH DAN HAJI MESTI BERNIAT SUCI
· BAB10-MABRURKAH UMRAH DAN HAJIKU INI

“Sebahagian umat Islam di Malaysia beranggapan…nak pergi haji:

· Kena tunggu seru,
· Bila dah pencen baru boleh pergi,
· Pergi haji muda-muda rugi,
· Tunggu semuanya dah ok,baru boleh pergi,

Dan pelbagai lagi tanggapan serta pemahaman.Hingga kedapatan segelintir daripada
Umat Islam di Malaysia,langsung tidak ambil berat tentang ibadah haji.Mereka
Memberikan perpepsi yang pasif dan negative tentang ibadah haji dan Tanah Suci.
Bahkan mereka tidak ada langsung keinginan untuk ke Tanah Suci.Bahkan langsung
Tidak ada inisiatif untuk menyediakan diri ke Tanah Suci sama ada mengerjakan
haji Ataupun umrah.”

Semoga perkongsian yang ringkas ini dapat memberi manfaat,untuk mengetahui tentang buku ini selanjutnya miliki dan carilah di mana-mana gedung buku atau kedai buku yang berdekatan tempat anda.

Selamat Membaca Kepada Semua!.

Untuk Buku Terdahulu:Dunia Buku



JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP KITA.


1 comment:

Anonymous said...

dimanakah boleh saya dptkan bku kembara hati di tanah suci..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI