Kali ni Abi nak berkongsi sebuah cerita pendek yang Abi dapati dari sebuah majalah Dunia Baru keluaran bulan November 1995/Jamadilakhir 1416H bilangan:6 dengan Mottonya Aspirasi Keamanan Sejagat Terbitan Karya One Sdn Bhd dalam muka surat 50 yang masih ada dalam simpanan Abi .Dalam segmen Sufi Bisnis di bawah tajuk:
BALASAN ANAK DERHAKA.
Di sini Abi paparkan semula kisah ini sebagai iktibar dan pengajaran kepada kita semua,berikut kisahnya.
“Itu suara anakku yang sudah lama meninggal dunia."
SEKUMPULAN KAFILAH YANG BERMALAM DI TEPI SEBUAH kampung,terkejut jaga apabila terdengar suara jeritan keldai.Suara itu berterusan sehinggalah menjelang subuh baru ia berhenti.
Pagi itu mereka meninjau di sekeliling kawasan itu,namun tidak terjumpa seekor keldai pun,sebaliknya mereka menemui sebuah pondok buruk yang dihuni oleh seorang wanita tua.Mereka bertanya kepadanya tentang bunyi keldai itu.
“Itu adalah suara anaku yang sudah lama meninggal dunia.Semasa hayatnya dia sering memanggil aku dengan ucapan,’Mari ke mari sekejap hai keldai!Aku benci melihatmu!’Hatiku tidak tertahan dengan kebiadapannya,sedangkan semasa kecilnya akulah yang membelanya dengan penuh kasih sayang hingga dewasa.Tetapi begitulah balasannya kepadaku.Suatu ketika aku berdoa agar Allah menjadikannya keldai.Ketika hampir menghadapi maut,dia berteriak seperti keldai.Hingga kini dia terus berteriak dan aku pernah mengajak saudaraku melihatnya berteriak-teriak dari kuburnya.Jelas kelihatan lehernya seperti leher himar,terjulur dari kuburnya.”
Begitulah kisahnya yang penuh dengan iktibar,Marilah semua termasuk Abi agar sentiasa beringat tentang tanggungjawab kita terhadap Ibu kita,Jangan sampai kita mengguris hati dan perasaan orang tua kita,Sesungguhnya doa ibu sangat mustajab,jangan sampai kita menerima laknat dan kutukan dari Allah di sebabkan kebiadapan kita pada Ibu Bapa .Semoga kita di hindari dari bersikap demikian ,Sama-sama kita didik hati kita agar sentiasa mengasihi orang tua kita dan mendoakan keselamatan,kesihatan,kebahagiannya selalu setiap kali selesai solat kita.
Kepada anak-anak kita,didiklah supaya menghormati orang tua dan tanamkan akhlak terpuji.Ingatan untuk Abi dalam mendidik anak Abi Nur Dania Balqis dan Anda semua.
Sekian.
Abi 09
2 comments:
cantiklah gambar-gambar tu, mana ambil? Harap sudi berkongsi ..
insyallah..boleh ada simpan dalam cd..
Post a Comment