Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Thursday, July 2, 2009

Rumahtangga Bahagia,Rumahtangga Idaman…Rumahtangga Penuh Keimanan

Keluarga Bahagia Impian Setiap Kita


Begitu Juga Anak Soleh@Solehah


Hidup berumahtangga penuh ujian dan dugaan walauapa pun rintangan harus kita tempuhi untuk meneruskan kehidupan kita.Alam rumahtangga bukan seperti alam semasa kita bercinta,alam semasa di lamun percintaan yang penuh kegembiraan,khayalan dan keceriaan.Alam rumahtangga adalah sebuah kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab di antara satu sama lain,Suami dengan tanggungjawabnya,begitu juga dengan isteri dengan tanggunjawabnya sebagai isteri.Satu sama lain saling memerlukan,saling bantu-membantu dalam mengemudi ke hidupan rumahtangga.


Sesebuah rumahtangga yang bahagia merupakan sebuah rumahtangga yang di bina atas keimanan yang padu terhadap Allah swt.Kehidupanya penuh dengan kecerian dan keharmonian,satu sama lain berkasih sayang,bantu-membantu,bertoleransi dengan mengharapkan keredahaan Allah swt semata-mata,Saling mudah maaf bermaafan jika antara mereka membuat kesalahan.Alangkah indahnya…


Begitulah indahnya kehidupan rumahtangga yang di bina atas dasar agama yang mulia.Rumahtangganya penuh bersyariat,berhati-hati dalam segenap urusan rumahtangganya kerana takut apa yang di laksanakanya melanggar apa yang telah di gariskan oleh syariat.Perkara yang haram dalam urusan rumah tangga benar-benar di jauhi,sebagai contoh Mencari rezki yang benar,jelas halal tanpa ada unsur haram mahupun syubahat,Kerana tahu rezeki yang terhasil dari penghasilan yang haram akan mengakibatkan kecelakan di akhirat nanti.Dan sudah pastinya rumahtangga yang di bina akan porak peranda di sebabkan rezeki yang haram.


Rumahtangga yang bahagia dan harmoni lebih ceria dengan adanya anak-anak yang soleh ataupun solehah.Ia merupakan idaman setiap pasangan yang berumahtangga,Ia merupakan aset yang amat berharga untuk kedua Ibu dan Bapa.Anak-anak menjadi hiburan dalam keluarga yang bahagia dan harmoni.Maka untuk mendapatkan anak-anak yang soleh mahupun solehah sudah tentunya didikan dan asuhan serta menerima pendidikan yang baik untuk setiap mereka.Didikan agama adalah yang penting yang dapat membina jati diri anak-anak yang kita didik.Kenalkan anak-anak dengan segala aspek yang ada di dalam agama.,dari tauhidnya hinggalah fardhu ain-nya.


Sudah tentu rumahtangga yang bahagia,harmoni dapat di wujudkan seandainya aspek-aspek dalam agama kita tunaikan dengan sebaik mungkin,Dan ingatlah peringatan dari Allah swt dalam firmannya yang bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada bakaran api neraka yang bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang keras,malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang di perintahkan.”-Surah ai-Tahrim:6.


Mudah-mudahan peringatan Allah ini dapat menginsafkan peri pentingnya untuk kita menjaga rumahtangga kita dari terjerumus dari api neraka.Oleh itu marilah kita bina rumahtangga dan keluarga kita dengan bertunjangkan petunjuk dari Allah SWT yakni Al-Quran dan panduan yang di beri oleh Nabi SAW kepada kita iaitu sunnahnya.Dua sumber inilah yang dapat kita jadikan rujukan untuk membina sesebuah rumah tangga yang bahagi dan harmoni.


Sabda Nabi SAW:

“Aku tinggalkan pada kamu semua dua perkara yang mana tidak akan tersesat selagi kamu berpegang teguh atau beramal dengan kedua-duanya:Kitabullah(al-Quran) dan sunnahku(hadis).Kedua-duannya tidak dapat di pisahkan hinggalah dikembalikan kepadaku ketika berada di al-Haud(telaga).”Hadis Riwayat Al-Hakim.

Semoga rumahtangga dan keluarga yang kita bina hari ini terus mendapat petunjuk dan keredahaan Allah SWT hendaknya,kerana Rumahtangga Bahagia , Rumahtangga Idaman..Rumahtangga penuh KeImanan.Sekian.


#Sumber rujukan Maksud Ayat Quran dan Hadis dari buku:Anak Cermerlang Mendidik Generasi Gemilang.Tulisan: Zuhriah Mohammad Juoi.


(Tulisan ini Abi tulis selepas balik kerja Shift Petang)

ABI-2hb 07 2009

Khamis Pagi,Jam 1:19pagi

Teratak Usang Meru

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI