Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Friday, July 17, 2009

Hiburan Santapan Rohaniah








Hiburan merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia,tanpa hiburan kehidupan akan terasa kosong,berkemungkinan juga boleh menyebabkan manusia menjadi pasif dan tak bermaya.Oleh itu hiburan sangat di perlukan dalam kehidupan manusia,Untuk menghiburkan hati macam-macam yang di lakukan oleh manusia untuk menghiburkan hati mereka.Bermacam-macam aksi dan perbuatan yang mengambarkan manusia melakukan hiburan,ada yang bernyanyi,berlakun,bermain sukan lasak,memancing,mengembara,berenang dan bermacam-macam jenis hiburan lagi yang dilakukani manusia dalam menghiburkan hati masing-masing,


Islam adalah agama yang sangat syumul(sempurna) lagi lengkap darihal kehidupan dunianya dan akhiratnya adalah saling berkait antara satu sama lain,dunia adalah jambatan ke akhirat.Sudah tentunya elemen hiburan juga terdapat dalam Agama Islam yang suci ini.Malah Islam tidak pernah menghalang penganutnya untuk berhibur selagi mana hiburan yang di lakukannya tidak melanggar batas-batas syariat yang di- gariskan.Nabi Muhammad Saw telah di utus oleh Allah untuk memberi petunjuk dan panduan kepada manusia tentang banyak perkara agar manusia tidak engkar dan menentang peraturan-peraturan yang di perintahkan ke atas manusia.Bahkan perihal hiburan.


Hiburan yang berlandaskan syariat Allah menjadikan manusia bertambah yakin dan tunduk patuh kepada-Nya.Sebagai manusia muslim kita memerlukan hiburan yang menenangkan jiwa dan rohaniah kita.Dengan melihat dan memerhatikan kebesaran ciptaan Allah juga sudah tentunya menjadikan jiwa kita semakin tenang dan bahagia kita rasakan,dengan merenungkan dan memikirkan kehebatan Allah menambahkan keyakinan yang mantap dan jitu pada diri manusia itu.Allah kita jadikan hiburan kita yakni segala perintah yang di wajibkan kepada kita,kita laksanakan dengan hati dan perasaan yang redha dan taat.


Inilah hiburan yang sangat menenangkan jiwa,Allah segala-galanya buat kita, hidup dan mati kita hanya untuk-Nya,Siang ataupun malam Allah lah yang menghiburkan kita dengan pelbagi nikmat yang melimpah ruah untuk kita nikmati dan syukuri.Ini lah bentuk hiburan yang hakiki untuk manusia yang beriman dan bertaqwa.


Cuba kita bayangkan jika seseorang itu melakukan hiburan yang bertentangan dengan syariat,tidak menjadikan syariat sebagai panduan berhibur.Contohnya menjadi Superstar yang di gilai oleh manusia .Segala kehidupannya tidak menjurus kepada Tuhan,menghiburkan manusia sedangkan diri sendiri tidak terhibur bahkan merana sepanjang hidupnya,Ini kerana mereka gagal menggunakn elemen hiburan yang positif untuk membawa manusia ke arah kesejahteraan hidup mereka,hiburan yang di bawa hanya hiburan yang kosong dan tak bermakna malah jauh dari apa yang kekehendaki oleh agama.Amat malanglah seandainya kita menjadikan hiburan yang tiada nilai ketuhannan,kita jadikan santapan rohaniah kita.


Abi berdoa mengharapkan agar Allah menjadikan rumahtangga yang Abi bina mengamalkan hiburan yang murni dan suci(Hiburan berlandaskan syariat Tuhan) dalam mendidik anak Abi Nur Dania Balqis .Justeru itu marilah kita menjadikan hiburan yang berlandaskan kesucian agama dalam Rumahtangga yang sedang kita layari ini.Agar rumahtangga yang kita bina di Redhai dan di Rahmati Allah.




ABI-10hb 07 2009-Jumaat Mlm Sabtu


Jam 9.53 mlm


Teratak Usang Meru

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI