Suka membaca?Atau hanya suka menumpang membaca,atau suka meminjam untuk membaca atau tak minat membaca langsung?.Takkanlah sampai teruk begitu sekali.Sekadar membaca untuk mengisi lapang apa salahnya curi-curilah masa sedikit untuk membaca,membaca kan menguatkan minda di samping menambahkan khazanah ilmu dalam diri kita,tak kan tu pun tak ada masa.Bukankah masa-masa yang terluang yang ada boleh di manfaatkan untuk membaca,emm…anak kacaulah,anak meragamlah,anak menangislah,anak nak susulah,anak nak bermanjalah…mana ada masa nak membaca,nak baca paper pun tak sempat apatah lagi nak baca bahan-bahan yang agak berat.Begitulah agaknya alasan-alasan bagi mereka yang tidak berminat membaca.
Amalan atau budaya membaca sudah seharusnya menjadi rutin harian kita,kerana dengan pembacaan yang kita perolehi dapat menjadikan minda dan daya pemikiran kita semakin luas dan dapat mewujudkan satu budaya dalam hidup kita.Amalan membaca yang sudah di terapkan sejak dari kecil lagi seperti mengaji,membaca al-Quran,mengenal huruf-huruf rumi adalah permulaan yang sangat baik dalam mendidik anak-anak.Maka jika ini berterusan sehinggalah meningkat remaja kita percaya amalan membaca sudah sebati dengan anak-anak bahkan hingga mereka dewasa dan hingga usia tua.
Begitu juga dengan Ibu dan bapa amalan membaca ini patut di pupuk ke dalam diri masing-masing kerana ini sangat penting dan sebagai contoh pada diri anak-anak.Jika ibu bapa sendiri tidak berminat membaca buku bagamana kita mahu lihat anak-anak kita suka dan gemar membaca.Wal hal kita beria-ia hendakkan anak-anak agar minat membaca sedang kita sendiri pun malas nak membaca.Apa cerita…
Justeru itu marilah kita sebagai ibu bapa sematkan dalam diri kita dengan amalan suka membaca.Banyak di pasaran sekarang bahan-bahan bacaan yang bermutu yang boleh kita perolehi melaluinya untuk diri kita dan untuk anak-anak kita,rugikah pelaburan ini?.Bankarapkah kita seandainya sebuah buku untuk satu bulan kalau lebih lagi bagus.Lagi-lagi bahan bacaan untuk anak-anak begitu banyak sudah terbit dan di jual di kedai-kedai buku.
Untuk ibu bapa juga pelbagai jenis buku dan majalah di jual dengan bermacam-macam jenis tajuk,dan untuk anak-anak juga bermacam-macam tajuk di sediakan begitu juga dengan majalah-majalahnya contohnya Asuh,Kawan,Aulad,Ana Muslim dan sebagainya.Ini merupakan satu perkembangan yang sangat baik untuk kita semua.Tiada alasan lagi untuk kita malas membaca,semuanya telah tersedia di hadapan kita,Nak Tak Nak je..!
InsyAllah sebagai Abi dan Ummi Nur Dania Balqis sudah tentunya amalan membaca ini di terapkan dalan keluarga kami.Kami menyediakan ruang membaca untuk kami dalam keadaan rumah yang kecil sempit dan terbatas,Namun Abi berjaya untuk menyusun buku-buku sebagai bahan bacaan Abi dan Ummi serta rak untuk bahan bacaan Nur Dania Balqis bakal di sediakan.Jadi bagaimana dengan anda.Semoga minat membaca.!;)..Renung2
Sekian…
ABI-2hb 07 2009-Khamis
Jam 10:11pagi.Teratak Usang Meru
2 comments:
salam..wow banyak nyer koleksi buku. Alhamdulillah . Emm...teratak usang Meru? orang meru ker?
Waalaikumsalam..Ye dari meru.Alhamdulillah trima ksih sudi mampir ke laman kami.Membaca hobi Abi.Tak banyak sangat tapi bolehlah..Setiap bulan adalah 2 buah buku untuk di beli dan di baca...emm anon ni mahanon kan?.dulu kecik2 kat umah cik farid..
Post a Comment