Dalam kesempatan hari minggu macam ni Abi sempat untuk mengemas buku-buku yang dan majalah yang semakin bertambah, terpikir nak beli rak lagi tapi takut tak ada ruang untuk letak rak maklum rumah kecil dan sempit begitu .Jadi untuk sementara susunlah mana-mana buku dan majalah yang boleh masuk janji kemas dan tersusun,Seronok tengok buku tau..tapi mesti kena baca.
Dalam tengah susun buku-buku,tertarik dengan sebuah risalah kecil terbitan tahun 1985 yang di terbitakn oleh Bahagian Hal Ehwal Islam J.P.M,hasil tulisan Mohamed bin Jusoh dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Risalah yang bernama Al-Yakin untuk edaran percuma yang bertajuk Ibu Bapa Dan Pendidikan walaupun nampak dah lama buku risalah ini tapi isi kandungannya masih releven sampai sekarang,Abi cuba belek-belek dan membaca semula kandungannya dan Abi ingin kongsikan bersama para pelawat nurdaniabalqis.blogspot.com berkenaan serba sedikit yang terkandung dalam risalah kecil ini terutamanya berkenaan tentang nasihat Luqman Al-Hakim tentang nasihat kepada anaknya.
Di sini Abi coretkan kembali sebahagian dari tajuk Didikan Yang Baik yang boleh kita kongsi bersama,Antaranya berbunyi:
“Didikan yang baik ialah didikan yang dianjurkan oleh Islam.Orang yang benar-benar patuh kepada ajaran-ajaran ugama itu tidak akan melakukan sesuatu yang tidak baik kecuali agama Yahudi.
Kesimpulannya corak pendidikan yang di anjurkan oleh Islam antara lain seperti yang disebutkan dalam Al-Quran surah Luqman ayat 13,16,17,18 dan 19:-
Keempat-empat ayat itu adalah gambaran dan teguran Luqman kepada anaknya dengan maksud supaya:-
1)Jangan menyekutukan Allah kerana ia merupakan satu kezaliman yang besar;
2)Melakukan kebaikan kerana setiap perbuatan akan dinilai dan dibalas sekalipun perbuatan seberat biji sawi,berada dalam batu atau dilangit atau di dalam bumi.Allah itu maha lembut(baik) Maha mengetahui;
3)Ajaklah anak mendirikan sembahyang.Ajaklah mereka yang lain mengerjakan kebaikan dan tegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar,dan bersabar terhadap apa-apa mala petaka yang menimpa.
4)Jangan sombong diri,memaling muka dari berhadapan dengan orang lain,berjalan dengan sombong dan membanggakan diri.
5)Sederhanakan langkah bila berjalan dan suara mahu di perlahankan.Seburuk-buruk suara adalah suara keldai.”
Inilah sebahagian kandungan yang terdapat dalam Risalah Al-Yakin dan mudah-mudahan bermanfaat untuk kita terutamanya untuk peringatan Abi dalam mendidik anak Abi Nur Dania Balqis.
Dan Abi nak kongsi juga bahagian akhir dari Risalah Al-Yakin dalam Penutup;
“Jadi dengan apa yang di bicarakan ini,tidak dapat tidak ibu bapa adalah ejen pertama bertanggungjawab dalam pendidikan dan pembentukan sahsiah anak-anak.Baik buruknya personaliti dan fizikal seseorang ibu bapalah yang mewarnakan hidup dan kehidupan mereka sebelum seseorang sempat diwarnakan oleh faktor-faktor pendidikan yang lebih besar dan meluas yang telah disebutkan..”
ABI-5hb 07 2009
Ahad Mlm Isnin-Jam 12:55 MALAM
Teratak Usang
Meru
No comments:
Post a Comment