Hari ni Abi dan Ummi pergi ke Tesco untuk membeli barang-barang keperluan dapur,Nur Dania Balqis pun ikut sekali,kami bertolak dalam pukul 12 tengahari.Hari minggu hari cuti memang ramailah orang nak beli barang-barang keperluan mereka,ada yang seorang,ada yang berdua Pak We Mak We,ada dengan sekeluarga dan anak-anak.Macam-macam ragam manusia bila berada di pusat membeli belah,ada yang berpakaian sopan,ada yang berpakain kurang sopan pun ramai .Bak kata macam-macam ada.
Satu perkara yang Abi tertarik perihal karenah anak-anak yang kadang-kadang merisaukan Ibu Bapa.
Kes-1
Contohnya satu kes yang Abi nak cerita,Semasa Abi nak naik tangga lift sambil menolak Troli dan di hadapan Abi Ummi menolak Nur Dania Balqis dalam Stroler.Ada seorang bapa dengan anaknya dalam lingkungan 2 atau 3 tahun kalau tak silap Abi nak naik tangga lift,Abi bagi dia laluan tapi dia beri laluan Abi dulu,Dia dan anaknya ikut di belakang Abi.Dalam masa naik tangga lift sedang bergerak itu Abi terdengar perbualan antara Bapa dan Anak tadi,antara yang Abi dapat dengar:
“Lain kali tak nak buat lagi tau!.nanti ayah balik baru tahu…tak nak buat macam tulah..”Kata Si Bapa.tanpa di jawab oleh anak yang kemungkinan sedang merajuk.Kemungkinan anak tadi merajuk hendakan sesuatu pada Bapanya maklumlah banyak kedai yang menjual barang mainan atau perkara yang lain yang di kehendaki oleh anaknya lalu merajuklah si anak tadi,ni perihal anak merajuklah ni…kena pandai pujuk..Tak tahulah Abi nanti kalau Nur Dania Balqis kalau meningkat umur.Kena ada seni memujuk…bukan dengan isteri je kena pujuk dengan anak-anak pun….
Kes-2
Satu kes lagi yang Abi nampak selepas dari Abi keluar dari Kedai Buku Gramedia semasa Abi nak ke tempat Ummi sedang menunggu Abi,Seorang anak dan Bapanya kali ni yang Abi nampak Bapanya semacam marah dengan karenah anaknya,bawa troli berjalan dengan laju sedang anaknya menangis,lalu Bapanya mengangakat anaknya masuk dalam Troli dan menolaknya selepas itu Abi tak tahu apa yang berlaku,Abi perasan semua orang yang di situ tertumpu pada Si Bapa dan anaknya.Kali ni apa yang Abi nampak Si Bapa merajuk Si Anak lagilah, Dua-dua merajuk macam mana? Si Bapa semacam emosi dalam mengendalikan situasi sebegitu berbanding cerita yang pertama tadi di pujuk anaknya dengan lembut dan tegas.
Jadi nak cakap, sebenarnya memujuk anak-anak yang merajuk kena ada caranya bukan secara emosi atau pun secara kasar tetapi biarlah lembut tetapi tegas macam contoh kes tadi di atas.
Semoga contoh tadi menjadi iktibar buat Abi dalam mendidik Nur Dania Balqis.
No comments:
Post a Comment