Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Monday, July 6, 2009

Majlis Hari Jadi Adam Dan Aisyah(Ecah)

Kek Harijadi Adam dan Aisyah


Adam Muhalim dan Aisyah Nazirah


Acara memotong kek


Wajah comel Aisyah Nazirah


Malam ni(5hb 07 2009 bersamaan 12 Rejab 1430H-Ahad mlm Isnin),Selepas waktu Maghrib kami ke rumah Mak kerana ada Majlis Hari Jadi Adam dan Aisyah sambutan yang di buat oleh Adik Nazri dan Ita untuk kedua anaknya Adam dan Ecah.Adam masuk umur 5tahun manakala Ecah masuk 3 tahun.Mudah-mudahan keduanya di sihatkan dan di beri keselamatan dan di panjangkan usia dan yang paling penting menjadi insan yang berguna kepada ke dua Ibu Bapa mereka.


Majlis di mulakan dengan bacaan Al-Fatihah di ikuti dengan bacaan doa oleh Abi.Mudah-mudahan majlis diberkati dan di redahi oleh Allah SWT.Meriah dengan kehadiran cucu-cucu Mak dan Bapak, hanya sebahagian dah riuh belum semua datang tak tahu macam mana suasananya.Alhamdulillah kali ni Nur Dania Balqis ada di sisi kami,tapi malam ni elok pulak dia tidur dalam keriuhan anak-anak buah yang lain mungkin penat kot hari ni Abi dan Ummi bawa dia berjalan-jalan.


Selepas habis doa,Adam dan Ecah potong kek bersama Ibunya,Ada kesempatan Abi ada ambil gambar mereka sedang tiup lilin dan potong kek.Majlis di teruskan dengan acara mengenyangkan perut masing-masing,makan-makanlah tu.Pelbagai juadah di sediakan oleh Ita,macam-macam ada sampai Abi kenyang tapi taklah sampai tak boleh bangun.Nur Dania Balqis masih di ulit mimipi indah kot bila kami sedang asyik menikmati makanan.Masing-masing dengan ragam mereka.Sekali-sekala berkumpil memang seronok,maklum masing-masing sibuk pada waktu siangnya ada majlis macam ni baru meriah dan dapat jumpa keluarga mereka.


Begitulah Ayah dan Ibu betapa sayangnya mereka pada anak-anak,dengan di adakan majlis sebegini menunjukan Ayah dan Ibu perihatin dan menunjukkan betapa kasih sayangnya mereka pada anak-anak,mengembirakan hati anak-anak merupakan tanggungjawab kita sebagai Ibu dan Bapa.Anak-anak pasti gembira dan merasa seronok kerana di hargai.Sebagai mana kita menghargainya ketika mula-mula lahir ke dunia begitu juga apabila masa tarikh lahirnya tiba kita sambut ulangtahun kelahirannya.Bagi memperingati betapa detik-detik indah kelahirannya kita masih ingati hingga akhir hayat kita.


Sebagai Ayah dan Ibu@Abi dan Ummi Anak-anaklah harapan kita Semoga menjadi anak-anak yang Soleh dan Solehah.


Kami Mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR KEPADA Adam Muhalim Dan Aisyah Nazirah.

Semoga Menjadi Anak Yang Soleh Dan Solehah..!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI