-->
Sabtu 11hb 07 2009 bersamaan 18Rejab 1430H
Petang:
Dalam pukul 6.00ptg kami bertolak ke bukit Lancung,Embah Nur Dania Balqis dah rindu sangat nak tengok cucunya,Pagi tadi Ummi beritahu Abi yang Mak ada call Ummi mengatakan Mak rindu nak tengok Nur Dania Balqis.Untuk tidak menghampakan harapan Mak petang ni Abi,Ummi Dan Nur Dania Balqis ke rumah Mak.Sampai dalam pukul 7.10 minit dah nak maghrib.
Kelihatan Mak sangat gembira bila melihat cucunya dah sampai.Abi pun mengeluarkan -lah barang2 yang ada dalam kereta untuk di bawa masuk.Biasalah baju,kelambu,tilam Nur Dania Balqis untuk kemudahan tidur anak kan..
Malam:
Malam ni tak tahu nape Nur Dania Balqis lewat tidur sampai pukul 3.30pagi baru tidur,Ummi sampai tertidur, sesekali Ummi bangun bagi susu…Emmm..anak kecil ni malam ni susah tidur pulak ,mungkin kat rumah orang lain tu yang dia macam pelik tengok..agaknyalah.Abi pun tidur lewat malam ni sambil2 Online Internet tengok-tengokan Nur Dania Balqis yang masih bulat matanya…Emm anak Abi ni tak nak tidur nampak gayanya.Sesekali Abi layan Nur Dania Balqis..respon gak lah tapi tak tahu apa yang di katanya,anak kecil kan ..Abi cubalah lagukan zikir2 yang Abi hafal biar Nur Dania Balqis Tidur,tapi macm tu gak..Sabolah.
Sekali tu Ummi bangun bawa Nur Dania Balqis masuk buaiyan kat sebelah Embah tidur tapi matanya masih tak nak pejam, celik bulat kata Ummi.
Kesian Ummi..Tidur tak lena malam ni sekejap2 bangun nak susukan Nur Dania Balqis.Apa pu sabar je lah, Anak kecil sesekali memang meragam dan lambat tidurnya.Alhamdulillah akhirnya tidur juga si kecil ni..lena sampai pagi.
Pagi Ahad 12hb 07 2009 bersamaan 19 Rejab 1430H
Abi cadang nak balik pagi tapi tak jadi memandangkan Ummi sakit kepala mungkin di sebabkan malam tadi kurang tidur,Tak kisahlah balik lepas Zohor pun boleh.kata Abi.Bagi Ummi rehat dan tidur dulu.Nur Dania Balqis masuk buiayan kat sebelah Embah.Lena dia tidur dalam buiayan.
Petang Lepas Zohor
Lepas Solat,makan tenghari,Hari ni Adik Nurul dan Ramlan masak nasi dagang,Emm..boleh tahan Adik masak ,boleh bukak Warung kata Abi.Sedang Nur Dania Balqis dengan Adik Nurul sementara Abi dan Ummi makan.
Dalam pukul 3.20ptg kami bertolak balik ke Meru.
Catatan oleh:ABI 2009
2 comments:
Seronok tengok muka baby bila tidur. Tenang sahaja.
Nur Dania Balqis tak boleh tidur sebab berubah rumah kot. Kalau tak meragam, tak apalah ...
Mungkin jugak...sebab umminya pun kata macam tu..:)
Post a Comment