Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Thursday, July 2, 2009

Bahan Bacaan Untuk Abi,Ummi Dan Nur Dania Balqis

Membacalah selagi ada masa untuk kita.
Sebahagian bahan bacaan yang ada di Rumah


Suka membaca?Atau hanya suka menumpang membaca,atau suka meminjam untuk membaca atau tak minat membaca langsung?.Takkanlah sampai teruk begitu sekali.Sekadar membaca untuk mengisi lapang apa salahnya curi-curilah masa sedikit untuk membaca,membaca kan menguatkan minda di samping menambahkan khazanah ilmu dalam diri kita,tak kan tu pun tak ada masa.Bukankah masa-masa yang terluang yang ada boleh di manfaatkan untuk membaca,emm…anak kacaulah,anak meragamlah,anak menangislah,anak nak susulah,anak nak bermanjalah…mana ada masa nak membaca,nak baca paper pun tak sempat apatah lagi nak baca bahan-bahan yang agak berat.Begitulah agaknya alasan-alasan bagi mereka yang tidak berminat membaca.


Amalan atau budaya membaca sudah seharusnya menjadi rutin harian kita,kerana dengan pembacaan yang kita perolehi dapat menjadikan minda dan daya pemikiran kita semakin luas dan dapat mewujudkan satu budaya dalam hidup kita.Amalan membaca yang sudah di terapkan sejak dari kecil lagi seperti mengaji,membaca al-Quran,mengenal huruf-huruf rumi adalah permulaan yang sangat baik dalam mendidik anak-anak.Maka jika ini berterusan sehinggalah meningkat remaja kita percaya amalan membaca sudah sebati dengan anak-anak bahkan hingga mereka dewasa dan hingga usia tua.


Begitu juga dengan Ibu dan bapa amalan membaca ini patut di pupuk ke dalam diri masing-masing kerana ini sangat penting dan sebagai contoh pada diri anak-anak.Jika ibu bapa sendiri tidak berminat membaca buku bagamana kita mahu lihat anak-anak kita suka dan gemar membaca.Wal hal kita beria-ia hendakkan anak-anak agar minat membaca sedang kita sendiri pun malas nak membaca.Apa cerita…

Justeru itu marilah kita sebagai ibu bapa sematkan dalam diri kita dengan amalan suka membaca.Banyak di pasaran sekarang bahan-bahan bacaan yang bermutu yang boleh kita perolehi melaluinya untuk diri kita dan untuk anak-anak kita,rugikah pelaburan ini?.Bankarapkah kita seandainya sebuah buku untuk satu bulan kalau lebih lagi bagus.Lagi-lagi bahan bacaan untuk anak-anak begitu banyak sudah terbit dan di jual di kedai-kedai buku.


Untuk ibu bapa juga pelbagai jenis buku dan majalah di jual dengan bermacam-macam jenis tajuk,dan untuk anak-anak juga bermacam-macam tajuk di sediakan begitu juga dengan majalah-majalahnya contohnya Asuh,Kawan,Aulad,Ana Muslim dan sebagainya.Ini merupakan satu perkembangan yang sangat baik untuk kita semua.Tiada alasan lagi untuk kita malas membaca,semuanya telah tersedia di hadapan kita,Nak Tak Nak je..!


InsyAllah sebagai Abi dan Ummi Nur Dania Balqis sudah tentunya amalan membaca ini di terapkan dalan keluarga kami.Kami menyediakan ruang membaca untuk kami dalam keadaan rumah yang kecil sempit dan terbatas,Namun Abi berjaya untuk menyusun buku-buku sebagai bahan bacaan Abi dan Ummi serta rak untuk bahan bacaan Nur Dania Balqis bakal di sediakan.Jadi bagaimana dengan anda.Semoga minat membaca.!;)..Renung2 kan

Sekian…


ABI-2hb 07 2009-Khamis

Jam 10:11pagi.Teratak Usang Meru

2 comments:

anon suria said...

salam..wow banyak nyer koleksi buku. Alhamdulillah . Emm...teratak usang Meru? orang meru ker?

Masshah said...

Waalaikumsalam..Ye dari meru.Alhamdulillah trima ksih sudi mampir ke laman kami.Membaca hobi Abi.Tak banyak sangat tapi bolehlah..Setiap bulan adalah 2 buah buku untuk di beli dan di baca...emm anon ni mahanon kan?.dulu kecik2 kat umah cik farid..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI