Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Thursday, October 29, 2009

Buku-Buku Untuk Nur Dania Balqis

Puteri Hati: Nur Dania Balqis



Sebahagian Buku Koleksi Nur Dania Balqis

Syukur pada Allah permata hati Abi dan Ummi kini dah berumur 6 bulan,semoga permata hati kami ini membesar dengan baik dan di berikan kesihatan yang baik juga…Amin!.Dalam proses pembesaran anak-anak macam nilah kita sebagai ibu bapa kena ambil perhatian tentang kesihatanya,kasih sayang kita tunjukkan padanya,Bagi kami permata hati ini sangat-sangat kami hargai kehadirannya pada kelurga yang kami sedang bina ini.

Walaupun masih dalam usia yang belum setahun,setiap kali Abi pergi ke kedai atau gedung buku adalah buah tangan untuk Nur Dania Balqis bila dah boleh bertutur nanti,buku bergambar,buku cerita,buku berwarna-warni yang mempunyai mesej yang baik untuk anak-anak.Bukan apa..Abi nak tanamkan minat dengan buku sejak kecil lagi,mudah-mudahan besar nanti suka dengan bahan-bahan bacaan.Bak kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya.Kalau tidak di mulakan dari sekarang bila lagi..ye tak..!.Sementelahan Abinya pun minat membaca jadi sikap yang beginilah seharusnya Abi tunjukkan pada Nur Dania Balqis.

Memang nampak rambang juga bila pergi ke kedai buku bila melihat buku yang bermacam-macam tajuk untuk tahap usia seperti Abi,tambahan pula dah ada permata hati ni,lagilah bila tengok buku-buku untuk anak-anak rasa teruja dan rasa ingin memiliki,tapi oleh kerana hidup pun perlu di urus dengan baik,ekonominya perlu seimbang,jadi belilah yang patut dan ikut kemampuan yang kita ada.

Mudah-mudahan apa yang Abi lakukan ni menjadi contoh buat permata hati Abi Nur Danai Balqis bila dah besar nanti.

Untuk Ceria Nur Dania Balqis Terdahulu: Ceria Nur Dania Balqis

5 comments:

Diktatormedia said...

Terima kasih sudi jenguk blog ana. Diperselikan utk follow. Mohon tunjuk ajar juga dari enti.

Masshah said...

Trima kasih...kita berkongsi2 ilmu tidak rugi..

~UmmU SoLehah~ said...

salam ziarah..

comelnye bby..

smoga dia menjadi anak yang solehah dan dapat mendokan kedua ibu bapa kelak..

amiiin ^_^

Teratak Hami said...

Buku-buku itu boleh digunakan dari sekarang walaupun Nur Dania Balqis masih kecil lagi.

Masshah said...

Betuk tu kak(teratak hami)..dari kecil lagi kena biasakan dngan buku;)..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI