Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Sunday, October 4, 2009

Membacalah Selagi Ada Masa Dan Berdaya...



Salam Semua…Salam Aidilfitri..Kali ni Abi nak bicara pasal buku dan tabiat membaca.Buku..ye.. siapa yang tak kenal buku,siapa yang tak pernah tengok buku? Siapa yang tak pernah pegang dan sentuh buku samada di baca atau tidak bukan persoalannya tetapi tahu itu buku dan fungsi buku untuk apa?Membeli buku?meminjam buku?Sewa buku?..Anda suka buku? Anda sayang buku?..Atau Anda rimas tengok buku yang bersepah tapi Anda suka membaca? Atau Anda tak suka buku dan tak suka tengok buku bersepah?Dan yang anda hanya ada BUKU 555..hee2..buku hutang tu..ada ke sekarang buku tu..?Pokok pangkalnya Anda suka buku dan suka membaca buku tapi di mana kedudukan Anda sekarang?.


Alhamdulillah Anda memang peminat buku dan sayangkan buku dan suka membaca buku syabas kepada anda semua,di luar sana bermacam jenis buku dan tajuk yang sesuai untuk di baca oleh kita semua.Kita boleh beli atau pinjam di perpustakaan awam atau kita boleh pinjam dari kawan baik kita yang suka membaca,tidak kiralah buku apa yang penting membawa manfaat kepada kita. Buku politik,Novel,buku ilmiah,bisnis,motivasi dan pelbagai lagi jenis buku yang boleh kita miliki dan kita baca.Membaca di mana-mana saje di rumah,di tempat kerja semasa rehat,di dalam bas dan di mana saja kita berada.Saban tahun kerajaan membuat kempen demi kempen, demi mengalakkan rakyatnya suka membaca,pesta buku di adakan dengan matlamat itu jugalah,rakyat yang suka membaca adalah rakyat yang berfikiran luas..


Terapkan budaya membaca dalam diri,keluarga dan masyarakat.Pada keluarga khususnya Ibu bapa hendaklah menyediakan tempat atau bilik bacaan untuk anak-anak,kita boleh mencontohi Imam Hasan al-Banna dalam hal ini.Bagaimana beliau menyediakan perpustakaan khusus untuk semua anak-anaknya,yang mana dalam perpustakaan teresebut mengandungi buku-buku yang anak-anak beliau inginkan.Satu lagi sikap beliau yang boleh kita ikuti ialah beliau memberikan wang bulanan kepada anak-anaknya untuk membeli buku.Bagaimana dengan kita?.


Bangsa yang maju adalah bangsa yang suka membaca,apabila membaca, ilmu dan pengetahuan makin bertambah.Fikiran semakin matang bila berbicara pun mengandungi perkara yang bermanfaat kepada orang lain.Ilmunya boleh di kongsi bersama dan melahirkan idea-idea yang bernas bila orang lain memerlukan buah fikiran,pandangan ataupun pendapat.Itu semua kesan dari amalan membaca.Jadi tidak ada ruginya membaca setelah kita melihat kesannya begitu besar dan bermanfaat sekali.Membaca juga satu perkara yang dituntut,dalam Quran juga ada menyebutkan tentang Iqra(Baca).Sebagai mana Jibril menyuruh baginda Rasullullah SAW mengikuti Jibril membaca semasa Baginda menerima wahyu yang pertama.Jadi ada pengajarannya dalam peristiwa itu.Fikir-fikirkanlah ye..


ABI 09

Meru.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI