Alhamdulilah dengan izin Allah jua Abi masih dapat bertemu lagi dengan tetamu Nur Dania Balqis di medan dunia maya ini,untuk bersama-sama berkongsi catatan Ceria Syawal 1430H,catatan sepanjang Syawal tahun iniJ..penat tapi mengembirakan..tetamu adalah rahmat,kunjung mengunjug,ziarah menziarahi adalah amalan yang mulia dalam agama Islam yang suci.Amalan bersilaturahim adalah amalan yang sangat di tuntut dalam agama kita.
Dari Abdullah bin Amru al-‘As r.a bahawa Nabi SAW bersabda:
“Bukanlah orang yang menyambung(silaturahim) itu adalah orang yang membalas(kebaikan orang lain),akan tetapi penyambung itu adalah orang yang jika ada yang memutuskan hubungan ia menyambungnya.”
(Riwayat Imam Ahmad,Bukhari,Abu Daud,Tirmizi dan an-Nasaie)
Semoga kita juga tergolong antara yang menyukai silaturahim.
Sebelah Malam
ZIARAH RAYA KE RUMAH ABANG ARIS DI RANTAU PANJANG
Malam ni Nur Dania Balqis beraya pula ke Rantau Panjang ,rumah abang Aris.Keluarga yang pergi malam ni Kak Mesnah,Adik Nazri ,Kak Nani dan Abi.Kami di jamu dengan makan malam,Terima kasih pada Abang Aris dan Kak Atie.Tahniah juga kami ucapakan pada Abang Aris dan Kak Atie yang bakal menimang cahaya mata yang ke-6,semoga kelahiran cahaya mata nanti menambahkan seri dalam keluarga dan kebahagian sekeluarga.Kami mohon ribuan ampun dan maaf di hari yang mulia ini kepada Abang Aris dan Kak Atie..
Gambar-gambar yang dapat di kongsikan dengan tetamu Nur Dania Balqis:
Untuk Melihat Catatan terdahulu: Catatan Syawal
Untuk Gambar yang terdahulu: Album Kenangan Aidilfitri
No comments:
Post a Comment