Minggu ni kerja shift malam,jadi hari ni banyak masa yang boleh di buat,
Sebelah Pagi:
Sempat buka laptop online,buat ape2 yang patut,buat posting untuk blog,update sambil melayar ke blog kawan2 blogger.Maklum semenjak jadi Blogger ni,apa saja yang berlaku nak tulis,tapi asyik tertangguh je..ada kesempatan baru update blog,buat masa ni posting aktiviti semasa rayalah nampaknya untuk di kongsikan para tetamu Nur Dania Balqis,masih terasa bahang raya kanJ.Sesekali perkongsian ilmu pun ada untuk di kongsikan pengunjung blog ni…yang tak bestnya tengah buat posting kejap-kejap talian putus..maklum Broadbrand 3G punye talian…
Sambil online,sempat gak kemas2 rumah,sapu2 sampah,sikit-sikit lah…;)
Tengahari:
Jenguk Nur Dania Balqis di rumah Kak Leha,nak pastikan demam lagi atau tak.tak tahulah nape,kejap sejuk kejap panas,pergi klinik sudah pun..tapi tengahari ni ok pula.Alhamdulillah harap2 baiklah demamnya..
Petang:
Sebelah petang dalam pukul 4.50petang ajak anak buah Rashidi dan Adzroy pergi Setia Alam,cari barang dapur,biasalah takkan nak kosongkan dapur kosong pula..Adalah beberapa barang dapur yang di beli,beli yang wajib-wajib je..ekonomi tengah merudum lepas raya ni
Merudum pun yang ni mesti beli,kalau tak beli rasa lain perasaan ni…Apa tu..beli buku..makanan rohani santapan mindaJ..Dua buah buku dapat di beli antaranya,tajuk yang agak power ‘DAHSYATNYA DOA IBU’ dan ‘TERAPI SOLAT TAHAJUD’..Insyallah akan Abi kongsikan dengan para pengunjung blog ni,tapi tunggu Abi habiskan baca..tunggu dalam DUNIA BUKU nanti…Tungguu..
Tengah asyik cari buku dapat SMS dari Ummi,malam ni Emak dan Adik,Ramlan nak datang Rumah..
Balik dalam pukul 6.40petang
Malam:
Sebelah malam ni,Emak,Adik Nurul dan Ramlan datang rumah,kami jamu mereka dengan hidangan Sate,bila Emak dengar Nur Dania Balqis demam,Emak suruh Adik Nurul dan Ramlan cepat2 pergi rumah kami..Terima kasih mak,adik Nurul dan Ramlan kerana datang ke Teratak Usang kamiJ
Sebelum balik Bukit Lancung mereka singgah ziarah raya rumah Mak dan Bapak di depan..
Mereka balik dalam pukul 10.45 malam.
Cuti Kerja:
Malam ni terpaksa cuti,memandangkan Nur Dania Balqis tak sihat,masih panas dan meragam jadi Abi tolonglah tengok-tengokan.Kesian Ummi esok kena pergi sekolah sampai petang jam empat..ada meeting katannya…
Selamat Malam..zzzzz..
Catatan
ABI O9
Teratak Usang
UNTUK CATATAN TERDAHULU: Dairi Abi
Meru.
No comments:
Post a Comment