Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Wednesday, October 7, 2009

Untuk-Mu Wanita-Satu Penghargaan Untuk Wanita


Assalamualaikum semua,bagi menghargai wanita,dalam kesempatan ini ingin Abi kongsikan serba sedikit tentang perkongsian ilmu untuk kita sama-sama dapat manfaat khususnya untuk golongan wanita atau muslimat di mana jua mereka berada.Mereka adalah golongan istimewa yang Allah ciptakan untuk menjadi pasangan setiap lelaki.Sebaik-baik perhiasan adalah wanita Solehah,jadi untuk itu jiwa,akal dan perasaan mereka perlu dididik dan dipimpin untuk memiliki sifat-sifat wanita solehah.

Perkongsian serba sedikit ini bagi menghargai wanita yang sangat besar jasanya pada seorang lelaki yang bernama suami,wanita adalah sayap kiri dalam perjuangan setiap lelaki,Justeru itu sebagai lelaki Abi ingin menghargai jasa dan pengorbanan seorang wanita dengan berkongsi ilmu serba sedikit hasil dari pembacaan dari buku-buku,akhbar atau majalah,kuliah agama,ceramah agama dan sebagainya sebagai
panduan,renungan,ingatan atau apa saja yang memberi manfaat kepada wanita,khusunya Abi tujukan perkongsian ini kepada yang di sayangi dan di cintai isteri serta permata hati Abi Ummi Nur Dania Balqis dan juga pengunjung dari golongan wanita yang menjadi tetamu Nur Dania Balqis.

Untuk kesempatan kali ingin Abi kongsikan,di bawah tajuk Bahaya Pandang Memandang dari sebuah buku kecil yang masih dalam simpanan Abi iaitu Panduan Wanita Solehah.Semoga ada manfaat untuk kita bersama.

BAHAYA PANDANG MEMANDANG

Allah SWT berfirman,

Bermaksud:

“Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman,hendaklah mereka menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan mereka kerana yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka perbuat.Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman,hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan mendedahkan perhiasan mereka.”

(An-Nur:30-31)

Rasulullah SAW bersabda:

Bermaksud:

“Pandangan itu panah beracun dari panah-panah iblis.Oleh itu barangsiapa yang meninggalkan pandangan kerana takut dari seksaan Allah serta Iman,maka ia akan memperolehi kemanisan iman dalam hatinya.”

Berkata Nabi Isa a.s:

“Takutlah kamu sekelian pada pandangan kerana sesungguhnya ia dapat menumbuhkan syahwat di dalam hati dan cukup menimbulkan fitnah(godaan) kerana pandangan itu.”

Nabi Sulaiman a.s berkata kepada puteranya:

”Hai anakku! Berjalanlah di belakang harimau dan ular-ular besar yang mempunyai warna hitam dan janganlah kamu berjalan di belakang seorang perempuan.”

Begitulah bahayanya pandang memandang,akibatnya boleh menjerumuskan kita dalam seksaan api Neraka Allah.Waliuzubillah..Mudah-mudahan petikan ayat Quran dan pertuturan Hadis Rasulullah dapat di jadikan sebagai panduan dalam kehidupan seharian kita.

WANITA ADALAH SAYAP KIRI PERJUANGAN….Hargailah dan Sayangilah Wanita.

2 comments:

Maiyah said...

satu penghargaan yg baik pd kaum wanita..

masshah said...

Trima kasih kak maiyah..wanita banyak jasa dan pengorbanannya;)..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI