Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Sunday, October 25, 2009

Sejadah Pun Bersolat-Satu Peringatan


Berikutan kejadian sejadah bersolat(membentuk seolah-olah macam orang bersolat)beberapa hari yang lalu seluruh Negara dikejutkan dengan kejadian atau berita ini,seperti yang di laporkan akhbar juga dalam berita Tv,maka bermacam-macamlah tanggapan dan komen dari orang ramai,penguasa agama,para mufti dan golongan yang berautoriti agama,mereka memberi pandangan masing-masing.Ada yang berpandangan jangan terlalu yakin tentang kejadian itu,malah ada yang langsung tidak percaya,yang buat tak tahu pun ramai,kalangan agamawan ada yang anggap jangan sampai menjejaskan akidah,bak kata macam-macam pandangan yang diutarakan oleh mereka.

Sejadah sebagaimana yang kita tahu,merupakan alat yang kita gunakan untuk solat,kita jadikan hamparan,kita sujud di atasnya..bila kejadian begitu terjadi seolah-olah sejadah pun pandai perli manusia,mungkin dah ramai umat Islam yang meninggalkan Solat jadi sengaja Allah jadikan kejadian ini sebagai ingatan pada manusia yang lupa dan sering engkar seperti kita,ini mungkin dari segi positif kejadian ini jika benar.Sedangkan gerak gempa yang tejadi di Padang Indonesia masih lagi tidak menyedarkan kita,hidup kita masih dengan hilai tawa,gelak tawa,hiburan,muzik-muzik gila,pergaulan bebas,mengata,mengeji jadi mainan di bibir…bahkan kejadian tsunami yang berlaku beberapa tahun lalu pun kita sudah lupa.Banyak peringatan demi peringatan yang Allah perlihatkan pada kita hari-hari tapi kita tidak pernah ambil peduli dan ambil iktibar atau kesah tentangnya.Bila kita mahu sedar agaknya?!.Apa mahu menunggu roh kita di cabut baru mahu sedar?.

Sesungguhnya kejadian-kejadian itu memberi ingatan pada kita semua.Bagaimana dengan solat kita?Hubungan kita sesama manusia,Persaudaran dan Silaturrahim kita bagaimana?Yang paling penting hubungan kita dengan Allah bagaimana ye?..Sudahkah kita menyelesaikan tuntutan dan perintah yang di pikulkan ke atas kita?.Persoalan-persoalan yang Abi tuliskan ini adalah untuk diri sendiri dan untuk para tetamu yang sudi bertandang dan sudi berkongsi pandangan dan mengambil manfaatnya jika ada.Sudahkah kita mendidik keluarga ke arah agama yang lurus.Anak-anak kita didik mengenal Tuhan yang Maha Agung,rasa cinta dan sayang pada agama kita tanamkan pada anak-anak dan keluarga kita,dengan itu akan melahirkan satu keluaraga yang harmoni dan seterusnya masyarakat yang aman dan bahagia.

Sekadar pandangan peribadi,Sekian.

Untuk Pandangan Terdahulu: Cetusan Hati

4 comments:

Finaz said...

oh...ni kalau tak solat buat malu je kat sejadah...kalau sejadah tu ada mulut mesti dah cakap " manusia tak nak solat biar aku je solat sebab aku tak nak masuk neraka"...

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

semoga keluarga nur dania balqis senantiasa diberkati Allah Taala

masshah said...

ye..kak finaz mungkin begitu agaknya kalau sejadah boleh bercakap..kita makin leka..mudah2an apa yang terjadi kita ambil peringatan bersama:)trima kasih bertandang ke blog kami..

Trima kasih juga TgAG..amin!!!..trima kasih betandang:).

MKriza said...

Orang kita pelik tengok sejadah berdiri tapi tak pelik melihat 'orang tak berdiri atas sejadah'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI