Dalam pertemuan kali ini dalamUntuk-Mu Wanita,Abi nak kongsikan berkenaan Wasiat Rasulullah terhadap kaum wanita.Wanita pendamping setiap lelaki wanita juga adalah sayap kiri perjuangan ,sama-samalah kita wahai kaum lelaki sayangi kaum wanita khususnya isteri kita,anak-anak perempuan ,ibu kita dan seluruh wanita di mana mereka berada.Untuk menghargai wanita,Sama-samalah kaum wanita menghayati apa yang telah di ungkapkan oleh Rasulullah dalam wasiat baginda kepada kaum wanita.Wanita adalah insan yang patut di sayangi bukan dibenci...Sayangilah Wanita!.
Wasiat Rasulullah Kepada Wanita:
Sabda Rasulullah SAW maksudnya:
“Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu apinya.’
Sayidatina Aisyah bertanya,”Mengapan,Wahai Rasulullah?”
Jawab Rasulullah SAW:
1.Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam mengahadapi kesusahan,kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak,mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
2.Tiada memuji(bersyukur atau berterima kasih) di atas segala kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya.
(Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya)
3.Sering mengkufurkan (engkar)terhadap nikmat Allah.
(Contohnya apabila berlaku sesuatu pertengkaran,ada isteri yang berkata:”Sudah 10 tahun kawin dengan awak.tak ada apa-apa pun”)
4.Gemar bercakap perkara sia-sia yang berdosa
(Contohnya bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat)
5.Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam beragama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan,alam sekeliling dan suasana serta kemewahan-kemewahan lahir.
Mudah-mudahan wanita-wanita mengambil perhatian tentang wasiat yang Rasulullah berikan untuk mereka,Bagi kaum lelaki sama-samalah kita dengan kaum wanita saling ingat mengingati kerana kita sama-sama ada tanggungjawab dan peranan masing-masing,Antara kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing yang perlu tegur menegur,ingat mengingati sesama kita,mudah-mudahan dapat sama-sama manfaatnya.
Hadis dari Buku: Panduan Wanita Solehah
Keluaram 1990.
Untuk Info Terdahulu:
Info Untuk-Mu Wanita
5 comments:
insyaAllah.. :)
Untukmu wanita khas untuk semua wanita:).. sebagai tanda penghargaan untuk kaum wanita..
wanitalah yg byk menghuni neraka dan kita telah nampak bukti2nya, namun bersyukurlah pd jodoh yg terbaik buat kita yg telah ditentukan Allah :)
Ye..Kak maiyah,Suamilah yang bertanggunjawab mendidik,menegur dan bnyk lagi..wasiat dan ingatan bersama untuk kaum lelaki sbenarnya..:)
good info lah...=)
Post a Comment