Jadikanlah Buku Sebahagian Dari Hidup Kita
Dalam buku yang bertajuk Petua Membantu Anak Berjaya,tertarik dengan petua yang ke lapan iaitu rangsang anak suka membaca,di situ dituliskan 12 ciri-ciri orang yang cinta membaca ,di sini Abi kongsikan untuk diri sendiri terutamanya dalam mendidik puteri kami Nur Dania Balqis dan untuk anda yang sama-sama mahu menerima perkongsian ini dalam mendidik anak-anak kita.Mungkinkah ciri-ciri ini terdapat dalam diri kita ataupun anak-anak kita?Mari kita teliti satu persatu ciri-ciri tersebut seperti yang di tulis dalam buku ini.
Ciri-Ciri Tersebut Ialah:
- Di mana sahaja dia pergi,buku atau bahan bacaan sentiasa bersamanya mengisi masa lapang semasa menunggu bas,di dalam LRT dan sebagainya.
- Dia membaca buku yang diminati beberapa kali hingga difahami dan dapat menghayati isinya
- Dia sentiasa mengunjungi kedai-kedai dan pameran-pameran buku.
- Dia kerap mengunjungi perpustakaan dan menghabiskan masa berjam-jam di situ.
- Hidupnya tidak tenteram apabila tidak membaca sepanjang hari.
- Dia sanggup tidur bersama buku ataupun bahan bacaan.
- Di mana saja dia pergi,dia suka membaca poster-poster,risalah,suratkhabar,majalah dan juga perwatakan manusia.
- Dia suka berkongsi ilmu yang diperolehi dengan kawan-kawan.
- Dia turut terdorong menulis artikel-artikel di dalam majalah ataupun suratkhabar ataupun menulis bukunya sendiri.
- Hidupnya ada matlamat,pemikirannya terisi dengan idea-idea dan ilmu yang bermanfaat,sahsiahnya unggul,dan tindakannya bijaksana.
- Dia bercita-cita tinggi,hidupnya penuh wawasan,dan sentiasa merancang strategi meningkatkan mutu hidup,kewangan dan kerjayanya.
- Dia membaca bukan sekadar memenuhi intelektualnya sahaja,tetapi melalui pembacaan ia meningkatkan motivasinya memajukan diri dan mencapai kejayaan cermerlang di dunia dan akhirat.
Semoga 12 ciri tersebut,kalau tidak semuanya pun ada beberapa yang kita miliki dan juga ciri-ciri tersebut ada dalam diri anak-anak kita.Sebelum kita memastikan anak-anak kita suka dan cinta membaca marilah kita periksa diri kita apakah kita suka membaca?berapa kali dalam sehari?,seminggu?setahun? kita membaca dan meluangkan masa untuk membaca?..jadi anak-anak akan melihat perilaku kita,jangan kita hanya pandai menyuruh anak membaca sedang kita sendiri malas untuk membaca.Oleh itu marilah sebagai ibu bapa yang prihatin dan bertanggunjawab memulakan dalam diri kita dulu tabiat membaca ini.
Untuk Pendidikan Anak-Anak Yang Terdahulu:
Pendidikan Anak-anak
5 comments:
Kalau ikut budaya Jepun, memang dorang suka membaca tak kira di mana ...
Sekarang minat membaca tu ada tapi takde masa le pulak...
Wah bestnya!!!
Selalu dapat baca dan tak boleh nak post comment. Asyik error shj
salam.. anak suka membaca tapi baca buku cite dongeng.. hai.. nak wat camna ntah :)
Tq kak(Teratak Hami):)..Ye jepun memang hebat budaya membacanya,Negaranya pun maju,Teknologinya hebat gak..kesan dari membaca jgak tu..;)..
Tq juga kak maiyah..buku dongeng nak gak nak baca,jangan tak baca langsung;)..mula2 nanti dah besar sikit tukar pulak bahan bacaan yan lebih baik:)..
Post a Comment