Dalam membelek-membelek akhbar Harakah dalam sisipan Fikrah,tertarik pula tentang tulisan Ustaz Zainudin Hashim dalam ruangan Muhasabah,mengenai persoalan hati di atas tajuk Jangan biar hati mati ketika rai Aidilfitri,memang sesuialah untuk Abi kongsikan serba sedikit apa yang terkandung dalam rencana itu,di sini Abi catatkan kembali apa yang di tulis oleh penulis di bawah tajuk kecil Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati.
Penulis telah mengambil pandangan dari seorang pengkaji agama dalam laman web islamonline.net.com,iaitu Mahmoud Syal berkenaan tanda-tanda hati yang sejahtera:
1) Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.
2) Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.
3) Rasa selesa,seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.
4) Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika menunaikan solat.
5) Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi dengan akhlak yang mulia,samada perbuatan,kenyataan dan tindakan.
6) Reda terhadap perlaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.
7) Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.
Semoga perkongsian yang serba ringkas ada manfaatnya terutamanya untuk Abi dan tetamu Nur Dania Balqis.
Untuk Perkongsian Ilmu Terdahulu: Perkongsian Ilmu
2 comments:
salam.. lama tak ziarah sini.. soal hati nih merangkumi perbuatn kita.. zikirullah dan solat dpt menenangkan hati
Trima kasih kak maiyah..masih sudi bertandang ke sini;)moga kak terus sihat selalu..ye hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah..sebab tu hati kita kena bersihkan selalu dengan bermuhasabah..
Post a Comment