Semoga Dania tergolong dari orang yang bijaksana...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Hari ini merupakan hari kelima dalam tahun 2016. Hari kedua Dania bersekolah, semalam Abi hantar Dania, untuk hari ini dan hari seterusnya Dania akan menaiki van ke sekolah.
Setiap pagi Dania kena menunggu di hadapan rumah seawal jam 6:50 pagi, ia akan menjadi rutin setiap pagi. Dania kena tempohi. Itulah asam garam yang perlu dilalui, nak pandai dan nak berjaya kena harungi semua itu...betul tak?...
Abi tertarik dengan status seorang Ustazah dan juga merupakan seorang penulis novel Islamik iaitu Ustazah Fatimah Syarha. Beliau menukilkan berkaitan dengan 'kebijaksanaan'. Beliau menimbulkan pertanyaan seperti di bawah.
Abi kongsikan status FB yang beliau nukilkan itu di sini;
Semoga
anak- anak kita ke sekolah, membawa pulang 'kebijaksanaan'.
Apakah
tanda orang yang bijak?
Seorang ulama berkata, "Tanda orang yang arif
(bijak) itu ada enam.
1. Apabila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga.
2. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina.
3. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil
pelajarannya.
4. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera
mencegahnya.
5. Apabila disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira.
6. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera
beristighfar.”
(Kitab Tanbihul
Ghafilin: 67).
No comments:
Post a Comment