Berhibur dan mencari hiburan tidak salah. Bukan ibu bapa sahaja yang mahukan hiburan, anak-anak juga begitu. Sama ada hiburan melalui bermain, menonton TV dan sebagainya. Bahkan dunia masakini, melalui pelbagai gajet dan perisian yang ada sudah cukup memberi kemudahan kepada semua manusia di seluruh dunia. Namun begitu, sebagai ibu bapa yang bertanggunjawab ke atas anak-anak, haruslah mengawasi setiap gerak laku mereka dalam penggunaan kemudahan tersebut.
'Berhibur tidak salah...asal jangan tersalah pilih hiburan."
Ya, begitu juga dengan anak-anak Abi, tidak ketinggalan dengan gajet-gajet sepertinya. Komputer riba, Telefon bimbit, Tab dan sebagainya, kini sudah menjadi barang hiburan untuk mereka. Masing-masing sudah pandai membuka komputer riba milik Uminya, untuk menyaksikan cerita kegemarannya.
Lihatlah aksi mereka bertiga...
Semoga anak-anak Abi sentiasa ceria dan bergembira selalu,
Abi sayang kamu!
No comments:
Post a Comment