Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Thursday, January 14, 2016

Pegang Teguh Dengan Quran Dan As-Sunnah





Tengah hari ini, Abi masih diizinkan oleh Yang Maha Pencipta untuk menukilkan sedikit nasihat untuk anak-anak Abi. Abi sayang anak-anak Abi, kalaulah anak-anak Abi suatu masa nanti terbaca tulisan ini, maka terpulanglah untuk anak-anak Abi untuk menerima kata-kata nasihat ini. Abi yakin, anak-anak Abi akan menerima nasihat ini, maklumlah masing-masing sudah besar dan boleh berfikir dengan baik.

Sedikit nasihat Abi untuk anak-anak, berkaitan dengan agama, ya…agama Islam sebagai anutan kita. Agama Islam yang benar, mulia dan agama yang terbaik di muka bumi ini. Jagailah ia, yakinilah dan percayailah agama Islam sebagai agama anutan dan peganggan anak-anak Abi. Islam adalah agama untuk seluruh umat manusia di bumi ini.

Berpegang teguhlah dengan segala ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya. Pelajari, fahami dan seterusnya amalkan segala apa yang telah dipelajari, praktiskan dalam segenap kehidupan yang bakal anak-anak Abi lalui. Semarakkan hidup beragama, dalam setiap gerak-geri tingkah laku anak-anak Abi. Contohilah pribadi agung, Nabi Muhammad S.A.W,  Ia ‘Uswatun Hasanah’ buat manusia dan anak-anak Abi.

Dan berpegang teguhlah dengan dua perkara yang amat penting dalam kehidupan beragama. Ia panduan, manual kehidupan yang takkan menyesatkan atau menyelewengkan anak-anak Abi, selagi mana, anak-anak Abi berpandu dan berpegang teguh kepada keduanya.

Sebagaimana yang Nabi Muhammad S.A.W telah sabdakan sebagai ingatan umat Islam dan umat manusia yang hidup di dunia ini.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud;

“Dua perkara telah aku tinggalkan kepada kamu, selagi mana kamu berpegang teguh kepada keduanya,maka tidak akan tersesat kamu. Ia itu Al-Quran dan As-Sunnah(Hadis).”

Mudah-mudahan, nasihat dan ingatan ringkas ini, akan dapat mengingatkan anak-anak Abi peri pentingnya kehidupan beragama. Abi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak Abi. Kalianlah yang bakal mencorak nasib agama, bangsa dan Negara ini. Semoga anak-anak Abi terus berkasih-sayang sesama adik beradik dan masyarakat seluruhnya.

Salam sayang Abi untuk kamu!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI