Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Friday, June 17, 2011

Muhasabah kematian

Mati itu pasti


Catatan 27hb 05 2011-Jumaat


Saat kematian

Percaya atau pun tidak,mahu atau tidak,yang pasti dan mesti kita akan lalui saat kematian itu.Di mana pun kita berada,bila masa-nya telah tiba ia akan tetap jadi dan terjadi.Lari ke mana pun kita,Mati itu tetap akan mendatangi kita.Saat kematian itu tiba-tiba,tidak di jangka dan di sangka,kerana itu sudah ketentuan Allah.Allah lah yang berhak ke atas diri semua manusia.Panjang atau pendeknya umur manusia hanya Allah yang lebih mengetahui,kerana sifat Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.Allah yang merancang segala-galanya.Dan segalanya adalah dalam ketentuan-Nya.

Maksud firman Allah;

“Katakanlah.’Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu,jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan,dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar sahaja’.

(Surah Al-Ahzab:16)

“Dan ketentuan Allah adalah takdir yang pasti terjadi.”

(Al-Ahzab:38)

Kadang-kadang kita dengar berita atau cerita,baru semalam si Anu baru balik dari London,tiba-tiba hari ini menghembuskan nafasnya terakhir,baru semalam dapat cahaya mata,lima hari kemudiannya,bayi yang baru lahir sudah di jemput kembali,baru rasanya semalam kita berbicara bersama jiran sebelah,tiba-tiba pagi ini kita dengar si jiran telah mati eksiden semasa mahu pergi kerja dan macam-macam lagi yang kita tidak jangka dan sangka boleh berlaku.Kematian yang kita sangka belum masanya,tiba-tiba sudah menjemput kita.Tahu-tahu sudah di dalam kubur. “Ah..sudah mati aku..!”.

Mati itu pasti

Maksud firman Allah yang sering kita dengar:

“Setiap yang bernyawa pasti menemui mati.Dan kami timpakan fitnah bagimu berupa keburukan dan kebaikan.Kepada Kamilah kalian dikembalikan.”

(Surah Al-Anbiya’:35)

Ya..kita semua akan di matikan setelah sekian lama hidup di atas muka bumi ini.Segalanya percuma.Allah tidak pernah meminta walau sesen pun,dengan setiap perkara yang kita gunakan hasil dari pemberiannya.Nafas kita,tenaga kita dan sebagainya semuanya milik Allah.Kita tidak punyai apa-apa dan tidak ada apa-apa pada diri kita semua.Semuanya pinjaman sementara yang Allah tidak pernah minta apa-apa sebagai gantinya.

Hanya apa yang Allah mahukan,agar manusia bersungguh-sungguh membuat tingkah laku yang baik,amal ibadah yang di perintahkannya di laksanakan,larangan yang di tegahnya harus dan mesti di tinggalkan semuanya.Kerana,apa yang bakal menyelamatkan manusia di sana,adalah amal kebajikan yang banyak,itu yang bakal di tanyakan kepada seluruh manusia semuanya.Janji Allah pasti.Panggilan Allah pasti menjemput kita,bila,di mana,bagaimana kita tidak tahu.

Apa yang penting dan perlu adalah,kita harus bersedia untuk bila-bila masa di jemput ke sana.Oleh itu kebaikan harus di perbanyakkan,kebajikan juga sama,amalan taqwa terus di pertingkatkan,kerana itu semua yang menolong dan menyelamatkan kita semua.Mati itu pasti..! bersedia ke sana dengan bekalan amal dan taqwa.

Mulut akan di kunci


Di sana nanti,kita tidak boleh buat apa-apa,bila ditanya,mulut tidak akan menjawab tapi tangan,kaki,telinga,hidung pula yang akan berbicara.Jika kita berjalan ke tempat mulia ,ke masjid contohnya,maka kakilah yang akan menjadi saksi dengan apa yang kita lakukan semasa di dunia.Jika kita semasa di dunia melihat atau mendengar perkara-perkara yang mulia,suka dengar ceramah,mendengar bacaan-bacaan Quran,maka anggota ini akan menolong kita.Manakala jika sebaliknya yang kita lakukan,maka anggota ini jugalah yang akan mempersaksikan dengan apa kita buat dengan anggota ini.

Begitulah antaranya bila kita sudah berada di alam kubur,mampukah kita menjawab soal jawab dari malaikat (Munkar dan Nankir)nanti.Tanyalah pada diri kita.Cukup bersediakah kita ke sana nanti?.Sekiranya amal baik banyak,baik lah kesudahannya,syurga Allah pasti menanti,jika buruk kesudahannya,maka Neraka Allah dan azabnya maha dahsyat pasti menati buat kita semua.

Justeru itu,catatan ini,mengingatkan diri sendiri juga pada sahabat yang mahu menerima sedikit peringatan,sebagai bahan muhasabah kita bersama.Kerana…kita pasti Mati !.Maka saya sudahi catatan tulisan ini dengan maksud firman Allah;

“Wahai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah dengan sebenarnya,dan jangan sampai kalian mati kecuali dalam keadaan Muslim”

(Surah Al-Baqarah:132)

Di catat: 27hb 05 2011-Jumaat,1:24 pagi

2 comments:

Edda said...

mati itu pasti..

Masshah said...

ye cik edda..tq ziarah kami ;)..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI